Kekalkan sebagai tanah rizab Melayu

KENYATAAN MEDIA Tan Sri Ambrin bin Buang Anak Jati Kampong Bharu, Mantan Pengerusi Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB), Ahli Dewan Diraja Selangor. 1. Saya, Tan Sri Ambrin bin Buang, adalah merupakan seorang anak jati Kampong Bharu, mantan Pengerusi Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu dan Ahli Dewan Diraja Selangor. Saya ingin memberi pandangan mengenai pembangunan Kampong Bharu khususnya berkaitan dengan pertahanan dan kedudukan “Kampong Sungai Baru” yang telah mendapat perhatian masyarakat. 2. Terlebih dahulu, saya mengambil kesempatan ini mengiringi hasrat dan titah DYMM Sultan Selangor melalui kenyataan akhbar Istana Alam Shah pada…

Read More

Rogol: Bekas ADUN ke penjara

PUTRAJAYA 1 Okt. –  – Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh, Paul Yong Choo Kiong diperintahkan menjalani hukuman penjara selama lapan tahun mulai hari ini selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan kesalahan merogol pembantu rumahnya enam tahun lalu. Panel tiga hakim diketuai Ketua Hakim Negara, Datuk Seri Wan Ahmad Farid Wan Salleh dengan keputusan sebulat suara, menolak rayuan akhir bekas wakil rakyat di Perak itu terhadap sabitan dan hukuman yang dikenakan ke atasnya. “Sabitan adalah sah dan keputusan majoriti di Mahkamah Rayuan adalah wajar,” kata Wan Ahmad Farid yang bersidang…

Read More

Tiada lagi lesen vape di Perak pada 2026

IPOH 1 Okt. – Mulai 1 Januari 2026, Perak tidak akan mengeluarkan lesen bagi penjualan rokok elektronik atau vape, iaitu fasa persediaan ke arah pengharaman sepenuhnya penjualan vape yang mahu dilaksanakan di peringkat kerajaan pusat. Exco Kesihatan, Sumber Manusia, Integrasi Nasional dan Hal Ehwal Masyarakat India negeri, A Sivanesan berkata, perkara itu diputuskan melalui Mesyuarat Majlis Kerajaan (MMK) Negeri pada 22 September lalu. Katanya, dengan keputusan itu Perak menjadi negeri ketujuh melaksanakan larangan berhubung penjualan vape melalui penguatkuasaan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) menerusi lesen penjualan selepas Perlis, Kedah, Johor,…

Read More

Tindak balas Houthi sasar syarikat AS

LOS ANGELES – Kumpulan Houthi di Yaman akan menyasarkan syarikat minyak Amerika Syarikat (AS) termasuk ExxonMobil dan Chevron dengan mengenakan sekatan sebagai tindak balas terhadap sekatan AS ke atas Houthi tahun ini. Keputusan itu diumumkan oleh Pusat Penyelarasan Operasi Kemanusiaan (HOCC) yang berpusat di Sanaa, sebuah badan yang bersekutu dengan kumpulan disokong oleh Iran. Menurut badan yang ditubuhkan tahun lalu untuk komunikasi antara tentera Houthi dan pengendali perkapalan komersial itu, ia telah mengenakan sekatan ke atas 13 syarikat AS, sembilan eksekutif dan dua buah kapal. Langkah itu sebagai tindak balas…

Read More

Kapal tentera Itali berhenti di had sempadan

ROM – Kapal tentera Itali akan berhenti mengiringi armada antarabangsa Global Sumud Flotila (GSF) yang cuba menghantar bantuan ke Gaza, sebaik sahaja konvoi itu sampai dalam jarak 150 batu nautika (278 kilometer) dari garis pantai Gaza. Itali dan Sepanyol mengerahkan kapal tentera laut minggu lalu untuk membantu flotila itu, selepas diserang dron bersenjatakan bom tangan dan bahan perengsa di perairan antarabangsa di luar Greece, tanpa sebarang campur tangan ketenteraan. GSF, yang merangkumi lebih 40 bot awam dengan lebih 500 orang termasuk ahli Parlimen, peguam dan aktivis iklim Sweden, Greta Thunberg,…

Read More