SEREMBAN 21 Sept. – DAP bersedia mengekalkan prinsip dan formula pembahagian kerusi dengan rakan kerjasama dalam Kerajaan Perpaduan pada pilihan raya akan datang bagi mengelakkan pertembungan kerusi antara satu sama lain. Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berkata, dalam hal ini, mana-mana kerusi yang dimenangi parti berkenaan pada pilihan raya lalu, perlu dikekalkan pada pilihan raya akan datang. “Jika BN yang menang, kita tidak lawan (letak calon bertanding) dan begitu juga sebaliknya. Ini kerangka dan prinsip dalam Kerajaan Perpaduan sekiranya hendak diteruskan hingga pilihan raya akan datang. Namun, sama ada mereka…
Read MoreDay: September 21, 2025
DAP cadang pilihan raya serentak Parlimen, DUN
SEREMBAN 21 Sept. – DAP yang bersiap siaga menghadapi kemungkinan Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) diadakan lebih awal menyarankan pilihan raya serentak peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di semua negeri Semenanjung. Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berkata, cadangan itu wajar dipertimbangkan bagi menjimatkan kos dan menyelaraskan tempoh penggal Parlimen dan DUN. Beliau berkata, walaupun pembubaran DUN adalah bawah hak dan kuasa peringkat negeri masing-masing, tetapi biasanya pilihan raya peringkat Parlimen serta DUN memang diadakan serentak kecuali di Sabah dan Sarawak. “Memang ada pertimbangan berlainan kerana DUN di negeri-negeri…
Read MoreRON95: Pelaksanaan bukan sekadar MyKad
PENAMPANG 21 Sept. – Bukan hanya MyKad fizikal sebaliknya pelaksanaan penyasaran subsidi petrol RON95 akan turut menggunakan pelbagai mekanisme pembayaran bagi mendapatkan subsidi itu. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Armizan Mohd Ali berkata orang ramai tidak perlu bimbang sekiranya berdepan kesukaran apabila ingin membeli petrol bersubsidi akibat MyKad yang rosak. Katanya, antara kaedah lain yang disediakan adalah melalui aplikasi yang telah disediakan syarikat minyak seperti Setel dan Shell App yang membolehkan orang ramai menikmati subsidi itu dengan lebih mudah dan cepat. “Pengguna juga boleh menggunakan kaedah pembayaran…
Read MoreKg Bharu: Putra gesa kerajaan ambil alih
Putra gesa kerajaan ambil alih bangunkan Kampong Bharu SEPANG – Kerajaan digesa mengambil alih pembangunan Kampong Bharu daripada pemaju asing dan mengarahkan agensi-agensi strategik milik umat Melayu Islam mengambil alih demi kesinambungan tanah pusaka Melayu di tengah bandar. Presiden Putra, Ibrahim Ali berkata, gesaan itu bukan soal politik kepartian atau isu komersial, tetapi persoalan maruah sebuah bangsa, kedaulatan tanah rizab Melayu, dan survival umat Melayu di ‘jantung’ Kuala Lumpur. Justeru beliau menarik perhatian kerajaan mengenai peranan yang boleh dimainkan oleh agensi seperti Lembaga Tabung Haji (TH), Lembaga Tabung Angkatan Tentera…
Read MoreAndalusia sertai Maulidur Rasul Masjid Ar-Rahimah
KUALA LUMPUR 21 Sept. – Warga kerja Andalusia Travel & Tour Sdn. Bhd. (Andalusia) turut menyertai Majlis Sambutan dan Perarakan Maulidur Rasul 1447 H yang dianjurkan bersama Masjid Ar-Rahimah, Kampung Pandan. Sebanyak 52 peserta diketuai Khairul Sani Zamberi mengambil bahagian pada program yang berlangsung semalam dan turut dihadiri Pengarah Urusan Andalusia, Ibrahim Mat Sin. Sebanyak 10 kontinjen yang terdiri daripada anak-anak kariah Masjid Ar-Rahimah serta pertubuhan bukan kerajaan dan syarikat swasta mengambil bahagian dalam perarakan itu yang bertemakan ‘Membangun Ummah Madani’. Untuk rekod Ibu pejabat Andalusia terletak dalam kariah tersebut.…
Read MoreBerita pilihan…
Terperangkap akibat keletihan
GAZA – Ratusan ribu penduduk Gaza melarikan diri sejak serangan bermula, namun ramai masih terperangkap akibat terlalu letih atau tidak mampu untuk berpindah akibat perjalanan terlalu sukar dan mahal serta tidak tahu ke mana harus dituju. Dalam serangan darat terbaru Israel bermula Selasa lalu, tentera Zionis sekali lagi mengarahkan penduduk Gaza City untuk berpindah ke arah selatan. Namun ramai penduduk mendakwa perjalanan terlalu sukar dan mahal memandangkan masa diambil lebih 12 jam untuk sampai ke kawasan selatan yang ditetapkan tentera manakala kos perpindahan juga meningkat mendadak. Pemilik trak mengenakan caj…
Read More30 juta muat turun Nusuk
JEDDAH – Platform digital, aplikasi Nusuk Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi telah melepasi 30 juta muat turun yang mencatat peningkatan tahunan sebanyak 150 peratus berbanding 12 juta pada 2024. Menurut kementerian itu lebih 90 peratus pengguna aplikasi itu berasal dari lebih 190 negara, sekali gus menunjukkan capaian global serta peranan pentingnya dalam memudahkan perjalanan haji, umrah dan ziarah bagi jemaah. Aplikasi Nusuk menawarkan lebih 100 perkhidmatan digital melalui integrasi dengan pelbagai entiti berkaitan haji dan umrah, merangkumi setiap peringkat perjalanan jemaah dari perancangan hinggalah kepulangan. Antara perkhidmatan disediakan ialah…
Read More