Syarikat AS akan beli TikTok

WASHINGTON – Sekumpulan syarikat di Amerika Syarikat (AS) akan membeli platform media sosial TikTok selepas mencapai persetujuan dengan China yang akan mengelakkan penutupan aplikasi berkenaan di AS.

Presiden Donald Trump yang mengumumkan demikian semalam bagaimanapun  tidak memperincikan syarikat mana yang akan membeli operasi TikTok di AS daripada ByteDance yang berpangkalan di China.

Pengumuman itu dibuat selepas beliau berulang kali menangguhkan tarikh penutupan operasi TikTok di AS sementara rundingan diteruskan.

“Saya sudah mencapai persetujuan dengan China. Saya akan bercakap dengan Presiden Xi pada Jumaat untuk mengesahkan segalanya,” kata Trump kepada pemberita di White House sebelum berlepas ke United Kingdom.

Pada Isnin, Setiausaha Perbendaharaan Scott Bessent berkata perunding telah mencapai rangka kerja perjanjian mengenai pemilikan TikTok, dengan Presiden Donald Trump dan Presiden Xi Jinping dijadual berbincang pada Jumaat untuk meluluskan perjanjian itu.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment