SEPANG 17 Sept. – Perikatan Nasional (PN) perlu terus mara memperkukuh perjuangan dan strategi serta tidak perlu bersengkang mata atau memerah idea hanya untuk memenuhi agenda pihak lawan yang mahu melihat PN bertelagah. Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, isu calon Perdana Menteri hanya relevan sekiranya PN berjaya mencapai kemenangan besar sehingga layak menerajui kerajaan Persekutuan. “Tidak perlu kita membuang masa melayan tohmahan musuh atau “spin” yang sengaja diperbesarkan. Dengan kemenangan 73 kerusi Parlimen dan penguasaan di empat negeri, perjalanan PN masih panjang. “Walaupun bayangan Putrajaya sudah kelihatan,…
Read MoreDay: September 17, 2025
PM: UMNO anggap Bersatu, Pas gopoh
KOTA BHARU 17 Sept . – UMNO Kelantan menyifatkan Bersatu dan Pas gopoh serta gelojoh berhubung isu calon Perdana Menteri sekali gus menyaksikan parti itu didakwa membelakangkan Yang di-Pertuan Agong yang menjadi kata pemutus. Ketua Penerangannya, Zawawi Othman, berkata menerusi perhimpunan Bersatu dan Muktamar Pas, masing-masing mengetengahkan calon Perdana Menteri. “UMNO melalui pengalaman terutama atas titah Sultan Ibrahim seketika dulu selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor mengenai calon Menteri Besar. Selepas itu, UMNO tidak akan meletakkan nama tokoh yang akan menjadi Perdana Menteri sekiranya menang Pilihan Raya Umum (PRU) nanti.…
Read MoreBanjir: Pemaju diminta hentikan kerja
PERMATANG PAUH 17 Sept. – Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) mengarahkan sebuah syarikat pemaju projek perumahan untuk menghentikan kerja serta-merta di tapak susulan banjir kilat dan tanah lumpur di Taman Guar Perahu, di sini semalam. Notis henti kerja itu dikeluarkan hari ini kepada pemaju bagi projek pembangunan di Lot PT 63 (Lot 3509), Mukim 20 setelah didapati berlaku pelanggaran syarat di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 serta Undang-Undang Kecil Kerja Tanah (Majlis Perbandaran Seberang Perai) 1992. MBSP dalam kenyataan berkata, hasil pemeriksaan tapak mendapati pihak pemaju gagal mematuhi…
Read MoreBerusaha satukan Melayu bukan kejar PM
SEPANG 17 Sept. – Parti politik perlu memenangi 112 kerusi pada Pilihan Raya Umum (PRU) bagi membolehkan calonnya menjadi Perdana Menteri, kata Tun Dr Mahathir Mohamad. Bekas Perdana Menteri itu berkata, beliau kurang faham kenapa ramai berebut-rebut untuk dinamakan sebagai calon Perdana Menteri. “Untuk menang 112 kerusi partinya perlu letak lebih dari 112. Parti lain pun akan letak calon melawan partinya. Tidak mungkin partinya menang 112 kerusi. Tidak mungkin calon Perdana Menteri jadi Perdana Menteri,” katanya dalam satu kenyataan. Dr Mahathir menasihatkan, tidak perlu berebut-rebut untuk menjadi calon Perdana Menteri…
Read MoreBersatu tanggung kos calon Pas guna logo PN pada PRU-15
SEPANG 17 Sept. – Pas tidak menghadapi masalah besar berhubung perbelanjaan pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu apabila segala kos ditanggung oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang dipimpin Muhyiddin Yassin. Bekas Ketua Setiausaha Sulit kepada Muhyiddin, Dr Marzuki Mohamad berkata, apabila Pas bertanding menggunakan logo Perikatan Nasional (PN) semua peralatan pilihan raya yang menggunakan logo PN disediakan oleh PN. “Perbelanjaan PN pula semuanya ditanggung oleh Bersatu. Malah Bersatu juga memberikan sumbangan kewangan yang bukan sedikit kepada Pas,” dedah beliau menerusi hantaran di Facebook hari ini. Hasilnya kata Marzuki, Pas…
Read MoreBerita pilihan….
Serang Qatar dibenarkan kerana Hamas
BAITULMUQADDIS – Israel mempertahankan tindakannya menyerang pejuang Hamas di Qatar minggu lalu dengan alasan hubungan negara Teluk itu dengan kumpulan berkenaan. Perdana Menteri Benjamin Netanyahu berkata, Qatar mempunyai kaitan dengan pejuang Hamas serta memberi perlindungan dan membiayai kumpulan itu, sekaligus mempunyai pengaruh besar yang boleh digunakan. “Justeru tindakan kami adalah sepenuhnya dibenarkan,” tegas Netanyahu. Serangan terhadap mesyuarat pemimpin Hamas di Doha itu adalah serangan pertama Israel terhadap Qatar yang juga sekutu Amerika Syarikat (AS). Pengeboman itu meragut enam nyawa, namun menurut Hamas dan sumber Israel yang dipetik media tempatan, tiada…
Read MoreSyarikat AS akan beli TikTok
WASHINGTON – Sekumpulan syarikat di Amerika Syarikat (AS) akan membeli platform media sosial TikTok selepas mencapai persetujuan dengan China yang akan mengelakkan penutupan aplikasi berkenaan di AS. Presiden Donald Trump yang mengumumkan demikian semalam bagaimanapun tidak memperincikan syarikat mana yang akan membeli operasi TikTok di AS daripada ByteDance yang berpangkalan di China. Pengumuman itu dibuat selepas beliau berulang kali menangguhkan tarikh penutupan operasi TikTok di AS sementara rundingan diteruskan. “Saya sudah mencapai persetujuan dengan China. Saya akan bercakap dengan Presiden Xi pada Jumaat untuk mengesahkan segalanya,” kata Trump kepada pemberita…
Read More