PM: UMNO anggap Bersatu, Pas gopoh

KOTA BHARU 17 Sept . – UMNO Kelantan menyifatkan Bersatu dan Pas gopoh serta gelojoh berhubung isu calon Perdana Menteri sekali gus menyaksikan parti itu didakwa membelakangkan Yang di-Pertuan Agong yang menjadi kata pemutus.

Ketua Penerangannya,  Zawawi Othman, berkata menerusi perhimpunan Bersatu dan Muktamar Pas, masing-masing mengetengahkan calon Perdana Menteri.

“UMNO melalui pengalaman terutama atas titah Sultan Ibrahim seketika dulu selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor mengenai calon Menteri Besar.

Selepas itu, UMNO tidak akan meletakkan nama tokoh yang akan menjadi Perdana Menteri sekiranya menang Pilihan Raya Umum (PRU) nanti. Sebaliknya perkara itu akan dimuktamadkan bersama Yang di-Pertuan Agong,” katanya dalam kenyataan.

Jelasnya, umum tahu UMNO mempunyai tokoh yang berwibawa dan berkebolehan selain parti yang konsisten dan berpandangan jauh.

“UMNO berpegang pada keluhuran Perlembagaan dan undang-undang. UMNO juga tidak suka demonstrasi haram ataupun halal dan menghormati pandangan rakyat

Tokoh-tokoh besar yang ada dalam UMNO, kita serahkan kepada rakyat untuk menentukan siapa yang mereka kehendaki,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan, Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) Bersatu yang berakhir 7 September lalu meluluskan usul menamakan Presiden, Muhyiddin Yassin sebagai calon Perdana Menteri ke-11.

Menerusi Muktamar PAS Pusat, Presiden Pas, Abdul Hadi Awang, secara terbuka mengakui faktor usia dan kesihatan menghalangnya daripada dipertimbang sebagai calon Perdana Menteri ke-11, namun menegaskan parti itu bersedia menerajui Malaysia jika PN menang PRU16.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment