REMBAU 4 Sept. – Ahli Parlimen Rembau Mohamad Hasan kesal dengan tindakan pihak tertentu yang cuba mengaitkan beliau dalam isu pembatalan ceramah agama Ustaz Wadi Annuar yang bakal berlangsung di Masjid Sri Sendayan, di sini, Sabtu ini. Mohamad yang juga Menteri Luar menegaskan beliau tidak tahu menahu mengenai program berkenaan yang akan dibuat di kawasan diwakilinya. “Walaupun dalam kawasan saya, tapi saya pun tak tahu masjid mana. Sebagai wakil rakyat kita tidak ada apa-apa kuasa terhadap pengurusan masjid ataupun syarahan agama di negeri ini. “Berhentilah mengutuk saya kerana saya tak…
Read MoreDay: September 4, 2025
Anjing serang budak kini di Pusat Tahanan MPKj
KAJANG 4 Sept. – Anjing yang dipercayai menyerang dan mencederakan seorang kanak-kanak berusia enam tahun di Taman Megah Cheras semalam kini ditahan di Pusat Tahanan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj). Menurut kenyataan MPKj, anjing itu ditahan oleh Unit Tangkapan Anjing Terbiar dan akan diasingkan sehingga siasatan kes selesai serta bagi mendapatkan pandangan teknikal daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Daerah Hulu Langat. Kenyataan itu memaklumkan selepas tular kejadian itu, MPKj telah menghantar unitnya ke premis pemilik anjing terbabit untuk menjalankan siasatan serta bagi memastikan kesejahteraan dan keselamatan penduduk setempat. Pada masa yang sama,…
Read MoreRugi RM838,328 angkara ‘phone scam’
TANJONG 4 Sept. – Bekas jurulatih sukan di negeri ini kerugian RM838,328 selepas terpedaya dengan sindiket ‘phone scam’ yang mengaitkannya dengan aktiviti jenayah penyebaran maklumat palsu dan penggubahan wang haram. Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut menerima laporan kes berkenaan daripada lelaki berusia 75 tahun itu, semalam, yang mendakwa wang miliknya dipercayai dipindahkan ke akaun pihak ketiga. Ketua Polis Pulau Pinang, Azizee Ismail, berkata hasil siasatan mendapati mangsa menerima panggilan telefon daripada individu yang memperkenalkan diri pegawai polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah Komersial. Panggilan itu…
Read MoreANTARA ANWAR DAN MUHYIDDIN
Oleh Ibrahim Ali SAYA mula mengenali Anwar Ibrahim sejak tahun 1972, ketika saya menjadi Presiden KSITM (pemimpin pelajar ITM) sementara Anwar ketika itu Setiausaha Agung ABIM. Saya juga mula mengenali Muhyiddin Yassin pada tahun 1973, sewaktu kami sama-sama berada dalam rombongan belia Malaysia ke Kanada selama tiga bulan. Panjang ceritanya tentang dua sosok ini, tetapi bila ada masa lain, saya akan ulas lebih mendalam jika difikirkan perlu untuk pengetahuan bagi mereka yang ingin tahu. Saya saksi perjalanan kedua-dua tokoh ini sejak usia muda. Kedua-duanya pernah dilihat sebagai harapan, namun masa…
Read MoreBerita pilihan…
Kesukaran OKU mangsa kekejaman Israel
GENEVA – Jawatankuasa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai Hak Orang Kurang Upaya (OKU) melaporkan sekurang-kurangnya 21,000 kanak-kanak di Gaza mengalami kecacatan sejak perang Israel dan Hamas hampir dua tahun lalu. Dalam tempoh itu sejak perang 7 Oktober 2023, seramai 40,500 kanak-kanak dilaporkan mengalami kecederaan baharu berkaitan perang, dengan lebih separuh daripada mereka kini hidup dalam keadaan cacat kekal. Susulan itu, jawatankuasa itu menegaskan arahan pemindahan dikeluarkan tentera Israel ketika serangan di Gaza sering tidak dapat diakses oleh golongan dengan masalah pendengaran atau penglihatan, sekali gus menyukarkan proses evakuasi. Laporan itu…
Read MoreSejuta dijangka hilang tempat tinggal
BAITULMUQADDIS – Kira-kira sejuta penduduk Palestin dijangka hilang tempat tinggal, melarikan diri ke selatan susulan serangan besar-besaran yang bakal dilancarkan ke atas Gaza. Seorang pegawai kanan dari COGAT, sebuah badan Kementerian Pertahanan Israel yang menyelia hal ehwal awam di wilayah Palestin, berkata, kira-kira 70,000 penduduk Palestin sudah meninggalkan utara Gaza sejak kebelakangan ini. Kebanyakan daripada lebih dua juta penduduk Gaza sudah kehilangan tempat tinggal sekurang-kurangnya sekali sepanjang tempoh perang yang hampir dua tahun sejak 2023. Israel terus memperhebat operasi termasuk memanggil puluhan ribu askar simpanan untuk memperkukuh kekuatan ketenteraannya menjelang…
Read More