PUTRAJAYA 31 Ogos – Lebih 100,000 pengunjung membanjiri Dataran Putrajaya, di sini, hari ini, bagi meraikan sambutan Hari Kebangsaan 2025 yang dijayakan 14,062 peserta yang mengambil bahagian dalam perarakan dan perbarisan.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata jumlah kehadiran berdasarkan data yang diperoleh daripada pihak Perbadanan Putrajaya (PPj).
Beliau berkata persembahan kali ini turut mendapat pujian Perdana Menteri, khususnya persembahan grafik manusia daripada 2,000 pelajar sekolah dan menyifatkannya sebagai persembahan terbaik dalam sejarah.
Fahmi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2025 (HKHM 2025), berkata demikian selepas sambutan itu yang bertemakan “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni.”
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menghadiri sambutan itu yang turut disertai Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, kedua-dua Timbalan Perdana Menteri, Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Fadillah Yusof serta barisan anggota Kabinet dan perwakilan asing.
Nnnn
