JAKARTA 31 Ogos – Parti-parti politik di Indonesia bersetuju beberapa keistimewaan serta elaun untuk Ahli Parlimen ditarik balik, susulan protes dan rusuhan besar-besaran di seluruh Indonesia bagi menentang kerajaan atas isu seperti bayaran tambahan dan elaun perumahan untuk Ahli Parlimen. Presiden Prabowo Subianto, dalam ucapannya di Istana Presiden berkata, para pemimpin Dewan juga bersetuju untuk memansuhkan beberapa dasar, termasuk peningkatan elaun dan lawatan kerja ke luar negara, “Kami menghormati kebebasan berekspresi, seperti yang dinyatakan dalam Perjanjian Antarabangsa PBB tentang Hak Sivil dan Politik Artikel 19 dan Perlembagaan 9 Tahun 1998…
Read MoreDay: August 31, 2025
Wanita serbu Sultan Perak ada rekod lampau
IPOH 31 Ogos – Polis sedang menyiasat satu insiden membabitkan seorang wanita yang menaiki pentas utama dan cuba mendekati Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzudin Shah ketika acara sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Perak, pagi ini.. Kejadian berlaku pasa pukul 8.20 pagi ketika lagu kebesaran negeri Perak sedang berkumandang. Berdasarkan video yang tular, suspek kelihatan masuk melalui bahagian tepi pentas dan kemudiannya meluru ke arah Sultan Nazrin Muizzudin Shah sebelum ditahan oleh anggota keselamatan yang bertugas. Ketua Polis Perak, Noor Hisam Nordin, berkata suspek adalah seorang wanita tempatan berusia 41 tahun…
Read More100,000 hadiri persembahan Hari Kebangsaan
PUTRAJAYA 31 Ogos – Lebih 100,000 pengunjung membanjiri Dataran Putrajaya, di sini, hari ini, bagi meraikan sambutan Hari Kebangsaan 2025 yang dijayakan 14,062 peserta yang mengambil bahagian dalam perarakan dan perbarisan. Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata jumlah kehadiran berdasarkan data yang diperoleh daripada pihak Perbadanan Putrajaya (PPj). Beliau berkata persembahan kali ini turut mendapat pujian Perdana Menteri, khususnya persembahan grafik manusia daripada 2,000 pelajar sekolah dan menyifatkannya sebagai persembahan terbaik dalam sejarah. Fahmi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2025 (HKHM 2025), berkata demikian selepas…
Read MorePrabowo batal lawatan ke China
JAKARTA – Presiden Indonesia, Prabowo Subianto, membatalkan lawatan rasmi ke Beijing yang dijadualkan awal minggu depan susulan ketegangan politik dan protes yang berlaku di republik itu, kata Jurucakap Presiden, Prasetyo Hadi. Beliau berkata, keputusan itu dibuat selepas beberapa hari demonstrasi besar-besaran tercetus, susulan bantahan terhadap kenaikan elaun anggota parlimen dan insiden kematian seorang pemandu ojek (motosikal e-hailing) yang ditembak polis. Setakat ini, sekurang-kurangnya empat kematian dilaporkan berlaku di seluruh negara. Prabowo sepatutnya menghadiri perarakan ‘Victory Day’ di China pada 3 September depan sempena ulang tahun ke-80 tamatnya Perang Dunia Kedua…
Read MoreBerita pilihan…
Jabatan Pertahanan kepada Jabatan Perang
WASHINGTON – Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, dilaporkan sedang giat untuk meneruskan rancangan menukar nama Jabatan Pertahanan AS kepada Jabatan Perang. Menurut laporan eksklusif Wall Street Journal (WSJ), yang memetik pegawai kanan Rumah Putih, langkah itu bertujuan mengembalikan nama asal jabatan berkenaan yang digunakan sehingga tahun 1947. Nama Jabatan Perang ditukar kepada Jabatan Pertahanan oleh pentadbiran Presiden Harry Truman. Menurut sumber, perubahan nama ini dilihat sebagai usaha untuk memulihkan semangat pejuang dan menekankan peranan ofensif ketenteraan AS dalam menghadapi ancaman global. Walaupun perubahan nama jabatan memerlukan kelulusan Kongres,…
Read MoreKosongkan Gaza bahayakan penduduk
GAZA – Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) memberi amaran bahawa sebarang percubaan Israel untuk mengosongkan Gaza akan membahayakan nyawa penduduk. Presiden ICRC, Mirjana Spoljaric, dalam satu kenyataan.berkata, adalah mustahil pemindahan besar-besaran penduduk Gaza boleh dilakukan dengan cara yang selamat dan bermaruah dalam keadaan sekarang, Katanya, keadaan di Gaza semakin genting kerana tentera Israel sudah pun mengetatkan kepungan di kawasan itu sebelum serangan yang dirancang. Agensi pertahanan awam Gaza berkata serangan waktu Subuh oleh Israel telah membunuh 66 orang di wilayah itu yang sudah musnah akibat peperangan selama hampir 23 bulan.…
Read More