215 GRO warga asing ditahan

KUALA LUMPUR 25 Ogos  – – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan 215 gadis pelayan pelanggan (GRO) warga asing dalam satu operasi melibatkan 87 premis hiburan seluruh negara yang dijalankan pada Jumaat dan Sabtu lalu, Operasi yang dinamakan Op Noda itu dikendalikan Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman bersama JSJ negeri, dengan tumpuan utama terhadap pusat hiburan yang beroperasi tanpa lesen. Pengarah JSJ Bukit Aman, M Kumar, berkata pemeriksaan mendapati 66 daripada 87 premis yang diperiksa melalui operasi itu beroperasi tanpa lesen sah. “Hasil…

Read More

Nik Nazmi gesa RUU URA ditangguh

KUALA LUMPUR 25 Ogos  – Seorang lagi Ahli Parlimen PKR menggesa supaya Rang Undang-Undang (RUU) Pembaharuan Bandar 2025 (URA) ditangguhkan sehingga semua isu kebimbangan berkaitan dapat ditangani secara menyeluruh. Nik Nazmi Nik Ahmad (PH-Setiawangsa) berkata, RUU itu akan memberi kesan besar terhadap masa depan bandar-bandar Malaysia dan secara tidak langsung terhadap negara. “Kita tidak sepatutnya tergesa-gesa, sebaliknya perlu memperhalusi hal ini dengan bijaksana dan inklusif. “Saya mendesak kerajaan tidak meneruskan bacaan kedua dan ketiga RUU pada Rabu ini serta menangguhkannya sehingga semua isu kebimbangan berkaitan dapat ditangani secara menyeluruh,” katanya…

Read More

Jawatankuasa khas kaji draf RUU Gig

PUTRAJAYA 25 Ogos  – Sebuah jawatankuasa khas Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) akan diwujudkan bagi mengkaji draf Rang Undang-undang (RUU) Pekerja Gig 2025, yang kali pertama dibaca di Dewan rakyat, hari ini. Setiausaha Agung MTUC, Kamarul Baharin Mansor, berkata jawatankuasa itu akan membabitkan pihak persatuan, ahli akademik, aktivis dan pihak berkepentingan lain dalam ekonomi gig. Menyifatkan rang undang-undang itu bagi membela pekerja gig sebagai langkah kehadapan, MTUC berpandangan keperluan mewujudkan akta itu amat penting bagi memenuhi kehendak mereka namun kewujudan draf RUU pekerja itu juga agak pelik berbanding RUU yang…

Read More

DAP kini versi baharu MCA?

SEPANG 25 Ogos – Kenyataan angkuh Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook bahawa parti itu boleh berfungsi tanpa MCA menggambarkan DAP kini sudah menjadi MCA versi baharu atau MCA 2.0. Bekas Naib Presiden MCA, Ti Lian Ker berkata, kenyataan seumpama itu merupakan kali keempat Loke menghina MCA secara terbuka. Sebelum ini, Loke yang juga Ahli Parlimen Seremban pernah berkata beliau ‘tidak suka MCA’, pernah menyindir ‘tidak peduli dengan MCA’ dan juga menyindir MCA dengan kata-kata ‘jangan perasan’. “Namun, ironinya, dalam setiap kenyataan angkuh Anthony (Loke) terhadap MCA, beliau sebenarnya…

Read More

Rafizi mahu pertahan fakta di mahkamah

PUTRAJAYA 25 Ogos – Bekas Menteri Ekonomi,  Rafizi Ramli memilih mahkamah untuk mempertahankan kenyataan yang dibuatnya membabitkan bekas Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Wira Farhash Wafa Salvador. Ahli Parlimen Pandan itu mengesahkan menerima satu surat bertarikh 22 Ogos daripada Tetuan Ahmad Deniel, Ruben & Co yang mewakili Farhash, yang menuntut supaya beliau berhenti mengeluarkan kenyataan dan meminta maaf, “Surat ‘cease dan desist’ itu membuat tuntutan supaya saya berhenti mengeluarkan kenyataan dan meminta maaf, berhubung satu kenyataan saya yang mengesahkan pemberi maklumat adalah berkaitan urus niaga syarikat yang berkaitan beliau. Kenyataan…

Read More

Vietnam bersedia hadapi taufan Kajiki

HANOI – Vietnam mula menutup lapangan terbang, sekolah dan pemindahan besar-besaran ketika negara itu bersiap sedia menghadapi taufan Kajiki, taufan paling kuat  yang membawa angin sehingga 103 kilometer sejam ketika menghampiri pantai tengah Vietnam. Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Vietnam memberitahu, dua lapangan terbang di Wilayah Thanh Hoa dan Quang Binh ditutup manakala Vietnam Airlines dan Vietjet telah membatalkan berpuluh-puluh penerbangan ke dan dari kawasan berkenaan. Menurut agensi cuaca negara itu, taufan Kajiki dijangka menjadi lebih kuat sebelum melanda daratan pada petang ini, “Ini adalah taufan yang sangat berbahaya dan bergerak…

Read More

Serangan, penindasan berterusan

GAZA – Serangan terbaru Israel semalaman membunuh 42 orang, ketika tentera rejim Zionis bersiap sedia melancarkan serangan baharu ke atas Gaza, bandar terbesar di wilayah Palestin itu. Jurucakap Pertahanan Awam Gaza Mahmud Bassal, berkata beberapa serangan udara berlaku di sekitar bandar Gaza yang kini menjadi tumpuan tentera untuk ditawan, termasuk kawasan kejiranan seperti Al-Sabra yang mengorbankan lapan orang. Beliau berkata serangan turut dilaporkan di kawasan lain di wilayah terbabit, dengan jumlah korban kini meningkat kepada 42 orang. Bagaimanapun, tiada maklum balas segera daripada tentera Israel mengenai angka korban yang direkodkan.…

Read More