Tekad MAPIM perjuang kebebasan Palestin

KUALA LUMPUR 24 Ogos – Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) menggariskan tujuh tekad utama bagi memastikan Malaysia kekal sebagai suara teguh dunia dalam memperjuangkan kebebasan Palestin, khususnya berhubung serangan berterusan ke atas Gaza. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr Ahmad Sani Araby Al-Kahery, berkata Malaysia perlu terus lantang mengecam jenayah kemanusiaan termasuk pembunuhan kanak-kanak, wanita dan orang awam, serangan ke atas hospital serta sekolah, di samping menuntut perlindungan penuh terhadap institusi kemanusiaan di wilayah berkenaan. “Malaysia tidak boleh berdiam diri selagi jenayah ini berterusan. Kami mendukung dan menyeru Perdana Menteri, Datuk…

Read More

Malaysia umum RM100 juta untuk Gaza

KUALA LUMPUR 24 Ogos – Malaysia mengumumkan dana bantuan berjumlah RM100 juta untuk Gaza, jumlah yang sama seperti peruntukan yang diluluskan dua tahun lalu. Ketika mengumumkan demikian, Perdana Menteri Anwar Ibrahim Anwar juga menyeru syarikat-syarikat swasta untuk turut prihatin terhadap kesengsaraan yang dialami oleh warga Palestin. “Saya akan minta rakan-rakan dari syarikat negara kita untuk terus membantu. Mereka telah bantu sebelum ini,” katanya. Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama pada Malam Himpunan dan Selawat: Malaysiaku Bersama Gaza di Dataran Merdeka, malam ini. Sementara itu, di hadapan ribuan pengunjung yang hadir,…

Read More

Gempa: Infrastruktur PGB selamat

KUALA LUMPUR 24 Ogos – Petronas Gas Bhd (PGB) mengesahkan semua infrastruktur dan fasiliti paip gas syarikat kekal selamat serta beroperasi seperti biasa susulan gegaran kecil yang berlaku berhampiran Segamat, Johor, pagi ini. Menurut PGB, sebaik menerima makluman mengenai gegaran itu, pasukan teknikal dan serantau syarikat segera melaksanakan prosedur keselamatan standard yang telah disediakan untuk sebarang kejadian seumpamanya di Wilayah Selatan. “Pemeriksaan dijalankan di Stesen Pemampat Segamat, Stesen Kawalan Segamat serta sepanjang jajaran paip berkenaan. Hasil semakan mendapati tiada sebarang ketidaknormalan atau gangguan operasi,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.…

Read More

Salah fitnah Sanusi, Saifuddin kemuka rayuan

ALOR SETAR 24 Ogos – Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail akan mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan selepas Mahkamah Tinggi di sini, hari ini mendapati beliau bersalah memfitnah Menteri Besar Kedah. Saifuddin berkata, pihaknya juga akan memohon penangguhan pelaksanaan keputusan sementara menunggu proses rayuan selesai. “Saya menghormati keputusan Mahkamah Tinggi Alor Setar. Pada masa sama, saya ingin merakamkan penghargaan kepada pihak mahkamah atas perhatian, masa dan pertimbangan yang telah diberikan sepanjang prosiding berlangsung. “Walau bagaimanapun, setelah meneliti keputusan bersama pasukan guaman, saya berpendirian terdapat asas undang-undang yang kukuh untuk dirayu.…

Read More

Saifuddin diperintah bayar Sanusi RM600,000

ALOR SETAR 24 Ogos – Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail hari ini didapati bersalah memfitnah Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor, pada tahun 2023. Tuduhan itu berkait dakwaan Muhammad Sanusi mencuri unsur nadir bumi (REE) dan penyelewengan wang peruntukan Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS). Berikutan itu, Hakim Mahkamah Tinggi Dr John Lee Kien How @ Mohamad Johan Lee memerintahkan Saifuddin membayar ganti rugi am berjumlah RM600,000 dan kos RM70,000 kepada Muhammad Sanusi. Mahkamah turut menetapkan Saifuddin membuat permohonan maaf yang diterbitkan dalam sebuah akhbar bahasa Melayu…

Read More

Warisan kekal solo hadapi PRN Sabah

SEPANG 24 Ogos – Parti Warisan Sabah (Warisan) kekal dengan keputusan untuk bertanding secara solo pada Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 (PRN17) bagi menghadapi gandingan GRS-PH-BN dan Perikatan Nasional (PN). Ketua Penerangannya,  Azis Jamman berkata, Warisan menghormati cadangan PN yang mahu menjalin kerjasama dengan parti itu tetapi pendirian Warisan adalah jelas dan tegas. “Warisan, sejak awal lagi, di bawah pimpinan Presiden Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 menggunakan logo kita sendiri, keputusan ini telah dimaklumkan secara konsisten dan tidak berubah. Tiada rundingan, perbincangan…

Read More

Kanak-kanak digigit anjing penghidu

NEW DELHI – Sebuah keluarga terpaksa membatalkan rancangan percutian ke Malaysia apabila salah seorang daripada mereka cedera digigit anjing penghidu yang diikat dengan tali cawak di Lapangan Terbang Kolkata, timur India, minggu lalu. Dalam kejadian pada 12 Ogos lalu, kanak-kanak berusia empat tahun itu perlu menjalani rawatan antirabies untuk tempoh beberapa minggu. Menurut laporan media tempatan, semalam, bapa mangsa kemudian membuat aduan polis terhadap pengendali haiwan berkenaan atas dakwaan ‘ketidakcekapan’ dalam mengawal anjing itu yang bertugas dengan Jabatan Kastam. Menurut laporan Times of India, dalam aduannya, bapa kanak-kanak itu mendakwa…

Read More

15 juta jemaah umrah suku pertama 2025

RIYADH – Arab Saudi merekodkan lebih 15 juta jemaah termasuk lebih enam juta jemaah asing menunaikan umrah pada suku pertama 2025. Menurut buletin statistik yang dikeluarkan Pihak Berkuasa Am bagi Perangkaan (GASTAT), warga Arab Saudi mencatat 24 peratus daripada jumlah jemaah seramai 15,222,497 yang menunaikan umrah dalam tempoh berkenaan. Jemaah lelaki mewakili 60.5 peratus, manakala wanita menyumbang 39.5 peratus. Buletin GASTAT menunjukkan jemaah umrah yang tiba dari luar negara mencecah 6,523,630 orang, meningkat 10.7 peratus berbanding suku pertama 2024. Daripada jumlah jemaah asing, 82.2 peratus tiba melalui udara. Jumlah jemaah…

Read More