Kanak-kanak digigit anjing penghidu

NEW DELHI – Sebuah keluarga terpaksa membatalkan rancangan percutian ke Malaysia apabila salah seorang daripada mereka cedera digigit anjing penghidu yang diikat dengan tali cawak di Lapangan Terbang Kolkata, timur India, minggu lalu.

Dalam kejadian pada 12 Ogos lalu, kanak-kanak berusia empat tahun itu perlu menjalani rawatan antirabies untuk tempoh beberapa minggu.

Menurut laporan media tempatan, semalam, bapa mangsa kemudian membuat aduan polis terhadap pengendali haiwan berkenaan atas dakwaan ‘ketidakcekapan’ dalam mengawal anjing itu yang bertugas dengan Jabatan Kastam.

Menurut laporan Times of India, dalam aduannya, bapa kanak-kanak itu mendakwa bahawa pengendali anjing berkenaan ‘meninggalkan tugasnya serta melarikan diri bersama anjing terbabit’, sekali gus menyebabkan keluarga beliau terkandas.

Related posts

Leave a Comment