KUALA LUMPUR 23 Ogos – Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhammad Akmal Saleh mencabar Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Melaka supaya meminta DAP menghantar surat rasmi kepada UMNO Malaysia untuk memutuskan kerjasama politik. “Saya pun mahu tunggu sama ada berani atau tidak. Kalau setakat sembang kencing kuat ni, hancing jer dapat,” kata Akmal yang merujuk gesaan yang dibuat oleh DAPSY Melaka. Beliau membuat kenyataan itu selepas Ketua DAPSY Melaka, Cassel Krishnan menolak politik kebencian yang didakwa dimainkan Akmal. Menurut beliau, isu Jalur Gemilang tidak wajar dijadikan modal politik murahan kerana ia hanya…
Read MoreDay: August 23, 2025
Rujuk Lokman Adam kepada Lembaga Disiplin
SEPANG 23 Ogos – Selepas Kapar, Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan pula tampil menggesa supaya Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT), Lokman Noor Adam dirujuk kepada Lembaga Disiplin UMNO susulan tuduhan terhadap Ketua Pemuda Dr Muhamad Akmal Saleh. Malahan, Ketuanya Aliff Firdaus Abd Hadi juga mengusulkan supaya Lokman dilucutkan jawatan sebagai Pengarah Komunikasi UMNO. “Pemuda Wilayah Persekutuan memandang serius kenyataan Lokman dalam satu temu bual yang melabelkan Dr. Akmal sebagai “Ketua Pemuda H20” (Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein), seolah-olah beliau menyimpan rasa tidak puas hati yang mendalam terhadap dua tokoh parti…
Read MoreETS3 KL Sentral – Kluang mulai 30 Ogos
KUALA LUMPUR 23 Ogos – Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS3) Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) bagi laluan selatan Kuala Lumpur Sentral (KL Sentral) – Kluang – KL Sentral. dilancarkan hari ini dan akan memulakan operasi pada 30 Ogos ini. Pembelian tiket boleh dibuat mulai 23 Ogos 2025 (Sabtu), pukuk 8.00 malam melalui aplikasi KTMB Mobile (KITS), mesin kiosk atau laman sesawang rasmi KTMB. Stesen perhentian antara KL Sentral – Kluang adalah Segamat, Labis, Bekok dan Paloh. Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, berkenan berangkat merasmikan ETS3 itu di Stesen Kuala Lumpur hari…
Read MoreTH lapor polis, MCMC sebaran video di media sosial
KUALA LUMPUR 23 Ogos – Lembaga Tabung Haji (TH) membuat laporan polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berhubung penyebaran beberapa video berunsur fitnah dan hasutan di media sosial. Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Mustakim Mohamad menegaskan pihaknya memandang serius sebaran itu dan memantau dengan rapat sebarang hantaran di media sosial yang boleh mencemarkan imej TH. Katanya,TH akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa dalam menyalurkan maklumat bagi melengkapkan siasatan dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap mana-mana individu atau pemilik akaun media sosial yang menyebarkan fitnah mengikut…
Read MoreNajib…3 tahun berlalu
Laungan azan subuh Sayu, merdu dan indah sekali Sayup kedengaran Dari liang di dinding kurungan Dingin Berlantai simen Tikar sejadah menjadi teman Sujud dan doa Menenangkan hati Menjadi tempat luahan Menjadi tempat mengadu Pahit di mulut Mencari keadilan untuk diri Halangan, kezaliman Rancangan mereka bertubi-tubi Luka dan parut di hati Hanya Allah yang tahu Hanya Allah yang mengerti 3 tahun berlalu Doa keluarga Doa saudara saudari semua Memberi harapan Menjadi sumber kekuatan 3 tahun berlalu Tikar sejadah menjadi teman Saat itu pasti tiba Bila….. (DARI FB Najib)
Read MoreBerita pilihan…
Sambung rundingan nuklear Iran minggu depan
DUBAI – Iran bersedia kembali ke meja rundingan mengenai nuklear minggu depan bersama Perancis, Britain dan Jerman selepas ketiga-tiga negara Eropah memberi amaran untuk mengenakan semula sekatan. Tiga negara tersebut mengingatkan, mereka boleh mengaktifkan semula sekatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke atas Iran melalui mekanisme ‘snapback’ sekiranya Tehran tidak kembali ke meja rundingan bagi mencapai perjanjian mengehadkan program pengayaan uranium yang dipertikaikan. Menteri Luar Jerman, Johann Wadephul mengesahkan rundingan itu dan memberi amaran sekatan akan kembali jika Iran tidak capai perjanjian kukuh dan boleh disahkan. Beliau mengulangi bahawa masa semakin…
Read MoreKebuluran nyata, dunia terus kecam
GENEVA – Kebuluran kini menjadi realiti di Gaza, setiap hari ada penduduk mati kebuluran, demikian pengesahan Klasifikasi Fasa Keselamatan Makanan Bersepadu (IPC) yang disokong Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). IPC mengesahkan berlakunya kebuluran di Wilayah Gaza, sambil memberi amaran ia akan merebak ke Deir al-Balah dan Khan Younis dalam beberapa minggu. Susulan itu, pemimpin dunia serta agensi PBB mengecam dan menggesa Israel membenarkan bantuan makanan yang mencukupi tanpa lengah masuk ke wilayah yang sedang dilanda bencana itu. Pesuruhjaya Eropah bagi Kesamaan, Kesiapsiagaan dan Pengurusan Krisis Hadja Lahbib berkata kebuluran kini menjadi…
Read More