KUALA LUMPUR 10 Ogos – DAP menyifatkan ugutan membuat protes di depan premis perniagaan atau “mengajar” orang untuk mengibar bendera adalah satu cara membuli yang sudah tentu ditolak sama sekali oleh rakyat Malaysia. Setiausaha Agungnya Anthony Loke Siew Fook berkata, dalam menangani apa-apa insiden kesilapan berkenaan bendera, pihak yang bertanggungjawab menguatkuasakan undang-undang adalah pihak polis. Katanya mereka perlu diberi ruang untuk bertindak secara adil dan saksama berpaksikan kepada prinsip Kedaulatan Undang-undang atau “Rule of Law”. “Jadi, tidak perlulah mana-mana pihak cuba “menangguk di air keruh” apatah lagi mengugut untuk membuat…
Read MoreDay: August 10, 2025
LLM nafi motosikal kena tol
BACHOK 10 Ogos – Tiada sebarang tol akan dikenakan ke atas penunggang motosikal mulai Oktober ini seperti tular di media sosial milik ‘Ebidmotor.com’ pada 9 Ogos lalu Menteri Kerja Raya, Alexander Nanta Linggi berkata, kenyataan tular itui adalah tidak benar dan boleh mengelirukan pengguna jalan raya. Katanya, pihaknya tidak pernah mempunyai perancangan ke arah itu dan dakwaan itu satu fitnah. “Apa yang tular di media sosial berkenaan tol kepada penunggang motosikal adalah tak betul, saya rasa itu fitnah, boleh menimbulkan keresahan pengguna jalan raya,” katanya ketika ditemui dalam Majlis Penyerahan…
Read MoreEmpat pakar bantu bedah siasat
KOTA KINABALU 10 Ogos – Empat pakar termasuk pakar patologi forensik dari Hospital Sultan Idris Shah, Serdang, Selangor dipanggil membantu prosedur bedah siasat Allahyarham Zara Qairina Mahathir di Hospital Queen Elizabeth (HQE), di sini hari ini. Peguam, Hamid Ismail yang mewakili keluarga Allahyarham memberitahu, pakar perunding, Dr Khairul Anuar Zainun ditugas mengendalikan proses itu bersama Pakar Patologi HQE, Dr Jessie Hiu dengan dibantu dua lagi pakar. Proses bedah siasat yang dijadualkan pada pukul 9 pagi ditangguhkan sementara kerana menunggu Dr Khairul Anuar yang tiba di sini dari Hospital Sultan Idris…
Read MoreBerita pilihan….
Warga Israel bantah rancangan Netanyahu
TEL AVIV – Lebih 100,000 warga Israel membanjiri jalan di Tel Aviv malam tadi, bagi membantah rancangan Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu memperhebat perang di Gaza yang memasuki tahun kedua. Mereka juga menuntut kempen ketenteraan itu dihentikan serta-merta dan semua tebusan dibebaskan. Penunjuk perasaan mengibarkan bendera Israel dan ada membawa sepanduk gambar tebusan serta mengecam kerajaan dan mendesak Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menghalang Netanyahu meneruskan rancangan itu. Segelintir pula membawa gambar kanak-kanak Gaza yang terbunuh akibat serangan tentera. Berdasarkan tinjauan pendapat orang awam, majoriti besar rakyat Israel mahu perang…
Read MoreGaza: Turkiye panggil mesyuarat OIC
ISTANBUL – Turkiye akan mengadakan mesyuarat tergempar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) bagi membincangkan rancangan Israel untuk menduduki sepenuhnya Semenanjung Gaza. Menteri Luar, Hakan Fidan, berkata sebagai Pengerusi Majlis Menteri Luar OIC, Turkiye memutuskan untuk memanggil OIC mengadakan mesyuarat. Bercakap kepada pemberita pada sidang akhbar bersama Menteri Luar Mesir Badr Abdelatty di Mesir, Fidan turut mengecam hasrat Israel untuk menduduki sepenuhnya Gaza, Rancangan Israel ini disifatkan fasa baharu dalam dasar peluasan dan pembunuhan beramai-ramai Israel. “Turkiye dan Mesir akan terus menentang sebarang senario sedemikian,” tegas beliau. Menyentuh usaha kemanusiaan Turkiye, Fidan…
Read More