LLM nafi motosikal kena tol

BACHOK 10 Ogos – Tiada sebarang tol akan dikenakan ke atas penunggang motosikal mulai Oktober ini seperti tular di media sosial milik ‘Ebidmotor.com’ pada 9 Ogos lalu

Menteri Kerja Raya, Alexander Nanta Linggi berkata, kenyataan tular itui adalah tidak benar dan boleh mengelirukan pengguna jalan raya.

Katanya, pihaknya tidak pernah mempunyai perancangan ke arah itu dan dakwaan itu satu fitnah.

“Apa yang tular di media sosial berkenaan tol kepada penunggang motosikal adalah tak betul, saya rasa itu fitnah, boleh menimbulkan keresahan pengguna jalan raya,” katanya ketika ditemui dalam Majlis Penyerahan Projek Menaiktaraf Laluan FT003 Dari Persimpangan Melor- Ketereh Ke Kampung Pak Badol (KM 19.75 KM 23.05), Kelantan di Kampung Pak Badol, di sini, hari ini.

Semalam, tular di media sosial apabila pemilik laman sosial Ebidmotor.com mencetuskan polemik ramai apabila memuatnaik hantaran penunggang motosikal akan merasai pengalaman membayar tol mulai Oktober ini.

Sementara itu, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menegaskan tiada sebarang perubahan terhadap kategori kenderaan yang dikenakan tol pada masa ini termasuk bagi penunggang motosikal.

LLM dalam kenyataan, hari ini, memaklumkan hantaran dimuat naik di akaun media sosial milik ‘Ebidmotor.com’ pada 9 Ogos lalu itu mengandungi maklumat tidak tepat yang boleh menimbulkan salah faham dalam kalangan pengguna lebuh raya.

Menurutnya, maklumat palsu dimuat naik menerusi platform Facebook, Instagram, TikTok oleh akaun itu juga boleh menjejaskan reputasi Kerajaan, Kementerian Kerja Raya (KKR), LLM dan syarikat konsesi lebuh raya yang terbabit.

“Untuk makluman, syarikat konsesi PLUS Malaysia Berhad kini sedang menjalankan ujian sistem tol terbuka menggunakan teknologi Pengecaman Nombor Plat Automatik (ANPR).

Sekiranya ujian ini berjaya, pelaksanaan akan dibuat secara berperingkat di lebuh raya kendalian PLUS Malaysia Berhad.

Objektif utama pelaksanaan sistem ini adalah untuk melancarkan aliran trafik, meningkatkan keselesaan pengguna, dan mengurangkan kesesakan di plaza tol,” katanya.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment