OSAKA – Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Zafrul Abdul Aziz mengesahkan permohonan beliau untuk menyertai parti PKR sudah diterima dua minggu lalu dan kini adalah ahli PKR bagi Cabang Ampang. Beliau bagaimanapun tidak ingat tarikh penerimaan permohonan tetapi ketika perjumpaan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) parti, dua minggu lepas. Bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO itu mengesahkan demikian kepada media Malaysia di sini hari ini ketika mengadakan lawatan ke Pavilion Malaysia bersempena Expo 2025 Osaka. Zafrul pada 30 Mei lalu, mengumumkan peletakan jawatannya dalam UMNO dan menyatakan niat untuk…
Read MoreDay: August 8, 2025
AGC arah gali, bedah siasat Zara Qairina
PUTRAJAYA 8 Ogos – Jabatan Peguam Negara (AGC) mengarahkan pihak berkuasa menggali semula jenazah pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir, yang dikebumikan selepas didakwa terjatuh dari bangunan asrama. Dalam satu kenyataan hari ini, AGC memaklumkan langkah itu bagi membolehkan prosedur bedah siasat dijalankan ke atas jenazah itu seterusnya siasatan secara menyeluruh dapat dilakukan. Menurut AGC, jabatan itu meneliti laporan penuh siasatan awal yang telah dikemukakan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung kematian itu dan terdapat keperluan untuk siasatan lanjut dilakukan. “Langkah ini bertujuan untuk memastikan PDRM (polis Diraja Malaysia) memperoleh…
Read MoreBelanjawan 2026 dibentang 10 Oktober
PUTRAJAYA.8 Ogos – Belanjawan 2026 akan dibentangkan di Parlimen pada 10 Oktober ini, siri keempat Belanjawan Masani dan belanjawan pertama di bawah Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13) bagi tempoh 2026 – 2030. Susulan itu, Kementerian Kewangan (MoF) akan menyelaras pembabitan menyeluruh pihak berkepentingan dan orang awam untuk mendapatkan input belanjawan selaras dengan keutamaan Ekonomi Madani.. “Kerajaan komited untuk menterjemahkan input yang diterima ke dalam Belanjawan 2026 terutamanya yang dapat menyokong pemerkasaan ekonomi, kesejahteraan rakyat dan tadbir urus yang lebih baik,” kata MoF menerusi kenyataan Prabelanjawan 2026 hari ini. Siri keempat…
Read MoreBerita pilihan…
Flotila protes gesa gencatan senjata
GAZA – Ketika Kabinet Keselamatan Israel sedang mempertimbangkan rancangan untuk menawan semula Gaza, keluarga dan penyokong tahanan Israel yang masih ditahan Hamas melancarkan flotila protes berhampiran sempadan maritim Gaza. Mereka menyeru kerajaan Israel agar segera mencapai perjanjian gencatan senjata dan membawa pulang tahanan. Konvoi 11 bot itu yang membawa keluarga tahanan dan wartawan berlepas dari pelabuhan Ashkelon, membawa mesej simbolik dan harapan agar suara mereka didengari oleh para tahanan di Gaza. Para peserta melaungkan mesej melalui pembesar suara dan menjatuhkan pelampung ke laut sebagai simbol sokongan. “Kami belayar untuk bersuara…
Read MoreLarangan guna kemudahan awam
JUMILLA, Sepanyol – Penggunaan kemudahan awam seperti pusat sivik dan gimnasium oleh umat Islam dilarang untuk menyambut perayaan agama seperti Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha. Larangan yang dilaksanakan di Jumilla, wilayah Murcia itu, adalah yang pertama seumpamanya di Sepanyol. Langkah itu diperkenalkan oleh Parti Rakyat (PP) yang berhaluan konservatif dan diluluskan dengan abstain (berkecuali) daripada parti sayap kanan ekstrem Vox, manakala parti-parti berhaluan kiri tempatan menolak cadangan itu. Cadangan itu menyatakan ‘kemudahan sukan milik majlis perbandaran tidak boleh digunakan bagi sebarang aktiviti keagamaan, kebudayaan atau sosial yang asing daripada identiti…
Read More