Zafrul kini ahli PKR Cabang Ampang

OSAKA – Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Zafrul Abdul Aziz mengesahkan permohonan beliau untuk menyertai parti PKR sudah diterima dua minggu lalu dan kini adalah ahli PKR bagi Cabang Ampang.

Beliau bagaimanapun tidak ingat tarikh penerimaan permohonan tetapi ketika perjumpaan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) parti, dua minggu lepas.

Bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO itu mengesahkan demikian kepada media Malaysia di sini hari ini ketika mengadakan lawatan ke Pavilion Malaysia bersempena Expo 2025 Osaka.

Zafrul pada 30 Mei lalu, mengumumkan peletakan jawatannya dalam UMNO dan menyatakan niat untuk menyertai PKR.

Menerusi surat dihantar kepada pimpinan UMNO, beliau memaklumkan hasrat untuk meletak jawatan sebagai ahli MKT, Ketua UMNO Bahagian Kota Raja dan ahli UMNO.

Related posts

Leave a Comment