Negara-negara Islam perlu bertindak tegas

TEHRAN – Negara-negara Islam digesa bertindak secara kolektif dan tegas melalui diplomasi aktif bagi menghentikan kekejaman Israel di Gaza, satu malapetaka yang tidak dapat diterima oleh mana-mana insan yang berfikiran terbuka.

Presiden Iran, Masoud Pezeshkian, yang membuat gesaan itu berkata, negara-negara Islam perlu menghalang jenayah itu daripada berterusan.

“Saya berharap negara-negara Islam akan bertindak dengan kesepakatan, penuh tanggungjawab, dan menggunakan diplomasi aktif serta tekanan diplomatik untuk menghalang jenayah itu daripada berterusan,” katanya dalam perbualan telefon dengan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, semalam.

Pezeshkian turut menegaskan sokongan tidak berbelah bahagi Iran terhadap perjuangan rakyat Palestin, sekali gus mendesak negara Islam lain supaya mengambil pendirian lebih tegas.

Republik Islam Iran sentiasa mempertahankan hak rakyat Palestin yang tertindas, dan negara-negara Islam lain juga perlu mengambil pendirian lebih kukuh serta aktif dalam menyokong rakyat Palestin dan Gaza.

Usaha kolektif untuk menentang jenayah rejim Zionis di Gaza akan lebih memberikan kesan,” katanya.

Merujuk kepada perang 12 hari dilancarkan Israel terhadap Iran pada Jun lalu, beliau berkata: “‘Dosa’ kami ialah kerana mempertahankan rakyat Palestin yang tertindas dan hak asasi mereka. Kami membenci kezaliman yang mereka deritai. Kuasa-kuasa angkuh dunia menganggap pendirian ini sebagai satu jenayah dan terus memberi tekanan kepada kami.”

Pezeshkian turut menzahirkan harapan supaya hubungan dua hala antara Iran dengan Malaysia dapat diperkukuh dan menyeru kerjasama diperluaskan dalam semua bidang.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment