SEREMBAN 3 Ogos – Maaf, kecuaian tidak disengajakan! Demikian kenyataan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hua Port Dickson yang memohon maaf secara terbuka susulan insiden pemasangan Jalur Gemilang terbalik. Dalam kenyataan bersama Lembaga Pengelola, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta pentadbiran sekolah, mereka meluahkan rasa kesal terhadap insiden yang tidak disengajakan. Menurut kenyataan itu, kejadian berlaku pada petang 1 Ogos apabila seorang pekerja sekolah memasang bendera sebelum tamat waktu bekerja, dan tanpa disedari satu daripadanya dipasang secara terbalik. “Pihak sekolah menerima makluman mengenai perkara itu sekitar jam 5…
Read MoreDay: August 3, 2025
Laporan polis berkaitan kesan lebam
SIPITANG 3 Ogos- Satu laporan polis baharu dibuat Noraidah Lamat, 45, ibu Zara Qairina Mahathir hari ini berhubung kematian anaknya pada 16 Julai lalu. Ibu mangsa membuat laporan itu selepas teringat kesan lebam pada belakang badan Zara Qairina yang dilihatnya ketika memandikan jenazah di Hospital Queen Elizabeth I, di Kota Kinabalu, pada 17 Julai. Peguam, Hamid Ismail dan Shahlan Jufri melalui kenyataan bersama hari ini, berkata Noraidah memaklumkan beliau sendiri melihat kesan lebam itu ketika memandikan jenazah anaknya itu bersama beberapa wanita lain. Katanya, anak guam mereka tidak memasukkan fakta…
Read MorePRN: PH, GRS, BN runding, Warisan , PN solo
KOTA KINABALU 3 Ogos – Pakatan Harapan (PH) sedang berunding dengan Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagi mengelak pertembungan di antara tiga gabungan itu pada Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17). Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, berkata itu persefahaman ketika ini yang cuba dilaksanakan bagi memastikan ketiga-tiga gabungan dapat bekerjasama menghadapi pilihan raya berkenaan. “Persefahaman kita sekarang ialah kita cuba buat ketetapan agar tiada pertembungan di antara tiga gabungan ini. Kita cuba mengelak untuk memasuki pertempuran antara sesama sendiri disebabkan begitu banyak perbezaan. “Tapi, saya tidak mahu buat andaian…
Read MoreBerita pilihan….
Ribut hujan di China panas di Jepun
BEIJING – China mengalami ribut hujan di seluruh negara, manakala Jepun merekodkan bulan Julai paling panas sejak 1898, disertai ramalan gelombang haba berpanjangan. Pusat Meteorologi Kebangsaan China (NMC) mengeluarkan amaran kuning bagi ribut hujan di beberapa wilayah utama. Ini termasuk Inner Mongolia, Beijing, Tianjin, Shanghai, Hebei, Shanxi, Heilongjiang, Jilin, Liaoning, Jiangsu, Zhejiang, Fujian, Anhui, Jiangxi, Guangdong, Guangxi, Yunnan dan Taiwan. Hujan lebat dijangka berlaku dari 2 hingga 3 Ogos, dengan beberapa kawasan dijangka menerima lebih 70 milimeter (mm) hujan sejam disertai ribut petir dan angin kencang. Pihak berkuasa tempatan digesa…
Read MoreHamas berjuang hingga Palestin berdaulat
GAZA – Hamas menolak tuntutan utama Israel untuk menamatkan perang di Gaza sebaliknya menegaskan bahawa mereka tidak akan meletakkan senjata selagi sebuah negara Palestin yang berdaulat dan merdeka tidak ditubuhkan. Pasukan pejuang Palestin itu, dalam kenyataannya berkata mereka tidak akan mengorbankan hak terhadap ‘penentangan bersenjata’ melainkan sebuah negara Palestin merdeka dan berdaulat dengan Baitulmaqdis ibu negara diwujudkan. Rundingan tidak langsung antara Hamas dan Israel bagi mencapai gencatan senjata selama 60 hari dan perjanjian pembebasan tebusan berakhir minggu lalu tanpa sebarang kata putus. Pada Selasa, Qatar dan Mesir, selaku pengantara dalam…
Read More