Ribut hujan di China panas di Jepun

BEIJING – China mengalami ribut hujan di seluruh negara, manakala Jepun merekodkan bulan Julai paling panas sejak 1898, disertai ramalan gelombang haba berpanjangan.

Pusat Meteorologi Kebangsaan China (NMC) mengeluarkan amaran kuning bagi ribut hujan di beberapa wilayah utama.

Ini termasuk Inner Mongolia, Beijing, Tianjin, Shanghai, Hebei, Shanxi, Heilongjiang, Jilin, Liaoning, Jiangsu, Zhejiang, Fujian, Anhui, Jiangxi, Guangdong, Guangxi, Yunnan dan Taiwan.

Hujan lebat dijangka berlaku dari 2 hingga 3 Ogos, dengan beberapa kawasan dijangka menerima lebih 70 milimeter (mm) hujan sejam disertai ribut petir dan angin kencang.

Pihak berkuasa tempatan digesa mengambil langkah berjaga-jaga dan memeriksa sistem saliran di kawasan bandar, tanah pertanian serta kolam ternakan ikan.

NMC juga mengeluarkan amaran kuning suhu tinggi dengan suhu antara 35 darjah Celisus hingga 39 darjah Celisus dijangka di beberapa wilayah termasuk utara China, Shaanxi dan Xinjiang, manakala beberapa kawasan seperti Sichuan dan Lembangan Turpan mungkin melebihi 40 darjah Celisus.

Di Jepun, Agensi Meteorologi Jepun melaporkan bahawa negara itu mengalami Julai paling panas dalam sejarah sejak 1898, dengan suhu purata meningkat 2.89 berbanding purata suhu bulanan antara 1991 hingga 2020.

Ini merupakan tahun ketiga berturut-turut Jepun mencatat suhu purata bulanan tertinggi dan pada 30 Julai, merekodkan 41.2 darjah Celisus di wilayah Hyogo, barat Jepun.

Suhu tinggi ini dijangka berterusan pada Ogos, sekali gus meningkatkan risiko kepada kesihatan awam termasuk strok haba.

Pakar juga memberi amaran bahawa pokok sakura berbunga lebih awal akibat perubahan iklim dan dalam sesetengah kes, tidak berbunga sepenuhnya kerana suhu musim luruh dan musim sejuk yang tidak cukup sejuk untuk pendebungaan.

Sementara itu, salji Salji di puncak Gunung Fuji juga tidak kelihatan untuk tempoh paling lama pernah direkodkan pada tahun 2024 dan hanya muncul pada awal November berbanding purata biasa iaitu awal Oktober.

Related posts

Leave a Comment