WASHINGTON – Israel memindahkan sekurang-kurangnya 60,000 rakyat Palestin dari Gaza City kelmarin, kata jurucakap Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Stephane Dujarric semalam.
Beliau mendakwa, tentera Israel mengarahkan orang yang tinggal di 28 blok kediaman di kawasan timur Gaza City segera berpindah dari kawasan, yang meliputi lebih tujuh kilometer persegi.
Kata , operasi ketenteraan semalaman di kawasan al-Mawasi di Rafah mengakibatkan puluhan korban dan sekurang-kurangnya 5,000 orang kehilangan tempat tinggal.
Israel menggempur Semenanjung Gaza sejak serangan rentas sempadan oleh Hamas pada 7 Oktober 2023.
Selain membunuh lebih 37,700 rakyat Palestin sejak itu, kempen ketenteraan Israel telah mengubah sebahagian besar kawasan 2.3 juta orang menjadi runtuhan, menyebabkan kebanyakan orang awam kehilangan tempat tinggal dan berisiko kebuluran.
Dalam pada itu, Dujarric berkata Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan PBB melaporkan bahawa setakat kelmarin, pihak berkuasa Israel telah memudahkan kurang daripada separuh daripada lebih 100 misi bantuan kemanusiaan yang dirancang diselaraskan untuk sampai ke utara Gaza bulan ini.
“Selebihnya sama ada dihalang, dinafikan akses atau dibatalkan atas sebab logistik, operasi atau keselamatan,” katanya..
(Foto UNRWA)
