Hadi sedia pertahan jawatan Presiden Pas

MARANG 11 Julai – Abdul Hadi Awang yang mengaku masih sihat mengesahkan akan mempertahankan jawatan Presiden pada pemilihan Muktamar Pas ke-71 di Kedah, September ini.

Beliau yang menjalani prosedur rawatan di Institut Jantung Negara pada pertengahan Jun lepas tidak berhasrat melepaskan jawatan presiden yang disandangnya selama lebih 20 tahun itu.

“Saya kalau boleh nak mati dalam bertugas. Saya sihat … Alhamdulillah, masih sihat,” kata Abdul Hadi yang berhasrat untuk terus berkhidmat kepada parti sehingga akhir hayatnya.

Ahli Parlimen Marang berusia 77 tahun itu ketika ditemui pemberita selepas Kuliah Dhuha di Masjid Rusila hari ini berkata keadaan kesihatannya masih baik.

Muktamar kali ini dijangka menyaksikan pemilihan bagi beberapa jawatan utama termasuk Presiden, Timbalan Presiden, Naib-naib Presiden dan Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat.

Mengulas mengenai kedudukan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Abdul Hadi berkata perkara itu akan dibincangkan dengan parti gabungan dalam PN kerana jawatan pengerusi PN bukan ditentukan oleh Pas sahaja.

Sebelum ini, timbul desas-desus mengatakan terdapat desakan untuk PN mempunyai pengerusi yang baharu, namun dakwaan itu dinafikan oleh Muhyiddin sendiri.

Nnn

Related posts

Leave a Comment