9 ahli Parlimen PKR gesa tubuh RCI

PUCHONG 7 Julai – Sembilan Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) menggesa satu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan berkaitan pelantikan Ketua Hakim Negara serta campur tangan dalam institusi kehakiman.

Pada masa sama, Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen mengenai Hak Asasi Manusia dan Hal Ehwal Perlembagaan juga diminta menjalankan satu prosiding khas berhubung perkara tersebut.

Sembilan Ahli Parlimen itu adalah Rafizi Ramli (Pandan); Nik Nazmi Nik Ahmad (Setiawangsa); Rodziah Ismail (Ampang); Wong Chen (Subang); Zahir Hassan (Wangsa Maju); ย Muhammad Bakhtiar Wan Chik (Balik Pulau); Syed Ibrahim Syed Noh (Ledang); S. Kesavan (Sungai Siput) dan Onn Abu Bakar (Batu Pahat).

Kesavan dan Onn bagaimanapun tidak hadir.

Rafizi pada sidang media bersama tujuh daripada anggota Parlimen itu berkata, permintaan itu dibuat susulan kebimbangan serius terhadap kebebasan dan integriti institusi kehakiman negara, khususnya selepas beberapa keputusan mahkamah yang mencetuskan polemik dalam kalangan rakyat.

โ€œKita akan memohon supaya Jawatankuasa Pilihan Khas memulakan prosiding rasmi, termasuk memanggil Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memberi penjelasan.

โ€œIni kerana menurut Perlembagaan, pelantikan Ketua Hakim Negara terletak di bawah kuasa Perdana Menteri, bukan Kabinet,โ€ katanya.

Bekas Timbalan Presiden PKR itu berkata, hanya Perdana Menteri yang boleh menjawab persoalan-persoalan yang timbul kerana proses pelantikan itu tidak dibincang atau diluluskan di peringkat Jemaah Menteri.

Beliau turut mengesahkan akan menulis secara rasmi kepada Pengerusi dan semua ahli Jawatankuasa Pilihan Khas berkenaan dalam masa terdekat.

Pada sidang media itu, Rafizi turut membandingkan situasi semasa dengan skandal video VK Lingam pada 2007, yang pernah mencetuskan siasatan RCI selepas wujud dakwaan cubaan mempengaruhi pelantikan Ketua Hakim Negara ketika itu.

Katanya, beberapa maklumat yang kini tular kepada umum perlu dijelaskan secara terbuka supaya rakyat tidak hilang kepercayaan terhadap institusi kehakiman mahupun kerajaan.

Berikut kenyataan penuh sembilan Ahli Parlimen PKR itu

๐˜’๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜บ๐˜ข๐˜ต๐˜ข๐˜ข๐˜ฏ ๐˜”๐˜ฆ๐˜ฅ๐˜ช๐˜ข

๐Ÿณ ๐—๐˜‚๐—น๐—ฎ๐—ถ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฑ

๐—ž๐—˜๐— ๐—˜๐—Ÿ๐—จ๐—ง ๐—œ๐—ก๐—ฆ๐—ง๐—œ๐—ง๐—จ๐—ฆ๐—œ ๐—ž๐—˜๐—›๐—”๐—ž๐—œ๐— ๐—”๐—ก ๐——๐—œ๐—จ๐—ง๐—”๐— ๐—”๐—ž๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—˜๐—•๐—”๐—š๐—”๐—œ ๐—œ๐—ฆ๐—จ ๐—ก๐—ข๐— ๐—•๐—ข๐—ฅ ๐—ฆ๐—”๐—ง๐—จ ๐—ก๐—˜๐—š๐—”๐—ฅ๐—”

Kontroversi berhubung institusi kehakiman masih belum ada jawapan atau hala tuju yang memuaskan dari pentadbiran YAB Datoโ€™ Seri Anwar Ibrahim setakat ini.

Sebagai Ahli Parlimen, adalah menjadi tanggungjawab kami untuk mempertahankan kebebasan institusi kehakiman dan pengasingan kuasa di antara tiga cabang kerajaan iaitu perundangan, eksekutif dan kehakiman. Apatah lagi, mempertahankan kebebasan institusi kehakiman adalah salah satu tonggak utama perjuangan KEADILAN dan Pakatan Harapan.

Kontroversi yang pada mulanya berkisar mengenai kekosongan jawatan-jawatan utama institusi kehakiman kini menjadi kemelut apabila lebih banyak maklumat sampai ke pengetahuan awam. Maklumat-maklumat ini akan terus mengundang pelbagai spekulasi yang boleh mencemarkan kredibiliti kerajaan dan melunturkan keyakinan rakyat kepada kebebasan institusi kehakiman di masa akan datang.

Berikut adalah maklumat-maklumat yang kini berlegar dalam pengetahuan awam dan memerlukan penjelasan dari pihak pentadbiran Kerajaan Persekutuan:

1. bahawa bagi pelantikan hakim-hakim baru (sama ada bagi Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan), pencalonan yang telah dihantar oleh Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC) kepada kerajaan tidak diambil tindakan pada kadar yang sewajarnya, yang menyebabkan kekosongan menjadi mendesak;

2. bahawa pencalonan bagi kekosongan Ketua Hakim Negara dan Presiden Mahkamah Rayuan telah pun diputuskan oleh JAC sebelum persaraan Tun Tengku Maimun Tuan Mat dan dikemukakan kepada YAB Perdana Menteri sebelum ini, tetapi pelantikan tidak dibuat sehinggalah menyebabkan kekosongan yang ada sekarang;

3. bahawa mesyuarat JAC telah dipanggil pada hari Jumaat lepas tanpa mematuhi keperluan notis 10 hari, dengan tujuan untuk membuat pencalonan semula bagi jawatan-jawatan yang kosong;

4. bahawa pada satu mesyuarat JAC yang lepas, seorang Hakim Mahkamah Persekutuan telah dipanggil untuk memberi penjelasan mengenai tuduhan cuba mempengaruhi keputusan satu kes dan pertukaran hakim.

Perkara (4) disahkan apabila satu laporan polis telah dibuat oleh pegawai Hakim Mahkamah Persekutuan tersebut dan kini dalam pengetahuan awam.

Kali terakhir institusi kehakiman terheret di dalam kemelut yang melibatkan tuduhan adanya pengaruh bersabit keputusan kes dan lantikan hakim ialah skandal video VK Lingam dalam tahun 2007.

Skandal video VK Lingam itu berkait dengan lantikan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim; dan kebetulan pula Hakim Mahkamah Persekutuan yang dipanggil JAC untuk menjelaskan tuduhan (4) adalah bekas pegawai khas kepada Tun Ahmad Fairuz dalam tahun 2003.

Fakta-fakta ini mewajarkan kebimbangan sebahagian pengamal undang-undang dan masyarakat yang melihat kemelut institusi kehakiman sekarang sebagai mirip kepada skandal video VK Lingam dalam tahun 2007 dahulu; iaitu cubaan mempengaruhi lantikan hakim dan keputusan kes-kes mahkamah.

Oleh itu, sebagai ahli-ahli parlimen ๐˜ฃ๐˜ข๐˜ค๐˜ฌ๐˜ฃ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ค๐˜ฉ๐˜ฆ๐˜ณ KEADILAN, kami menyatakan perkara- perkara berikut:

a. seperti mana KEADILAN menuntut dan menyokong sebuah siasatan oleh Suruhanjaya Diraja (๐˜™๐˜ฐ๐˜บ๐˜ข๐˜ญ๐˜Š๐˜ฐ๐˜ฎ๐˜ฎ๐˜ช๐˜ด๐˜ด๐˜ช๐˜ฐ๐˜ฏ ๐˜ฐ๐˜ง ๐˜๐˜ฏ๐˜ฒ๐˜ถ๐˜ช๐˜ณ๐˜บ) semasa skandal VK Lingam dahulu, kami mencadangkan agar satu Suruhanjaya Diraja juga ditubuhkan untuk menyiasat dakwaan-dakwaan yang berlegar, seperti dihuraikan dalam (1) ke (4);

b. Parlimen Malaysia, sebagai cabang perundangan yang bebas, perlu memainkan peranan yang utama dalam melindungi kebebasan institusi kehakiman. Oleh itu, kami akan memohon secara rasmi supaya satu prosiding dan siasatan dijalankan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (Hak Asasi Manusia, Pilihan Raya dan Reformasi Institusi), termasuk memanggil YAB Perdana Menteri untuk memberi keterangan. Kami akan menulis secara rasmi kepada Pengerusi JKPK, YB William Leong dan setiap anggota JKPK;

c. Pelantikan bagi mengisi kekosongan jawatan-jawatan utama dalam institusi kehakiman sewajarnya berdasarkan prosiding dan pencalonan dari JAC yang telah dibuat sebelum ini. Sebarang pencalonan baru hendaklah dibuat selepas perkara (a) dan (b) telah berlaku; iaitu setelah tuduhan mengenai cubaan mempengaruhi lantikan hakim dan keputusan kes telah dirungkai;

d. Kami akan menggerakkan satu kempen di kalangan ahli parlimen untuk mendapat sokongan dari seberapa banyak ahli parlimen pelbagai parti untuk menuntut perkara (a), (b) dan (c);

e. Kami akan menggerakkan forum awam di seluruh negara untuk memberi kesedaran dan mendapatkan sokongan rakyat bagi perkara (a), (b), (c) dan (d). Forum awam yang pertama akan bermula di Kuala Lumpur/Selangor pada hari Ahad, 13 Julai 2025 jam 830 malam, sebelum bergerak ke bandar-bandar utama seluruh negara. Maklumat lanjut mengenai forum-forum awam ini akan diumumkan kemudian; dan

f. Satu petisyen atas talian seluruh negara akan digerakkan untuk menzahirkan hasrat rakyat supaya kebebasan institusi kehakiman dipertahankan, termasuk menuntut perkara (a), (b), (c) dan (d).

Kami menyeru seluruh rakyat Malaysia memberi perhatian kepada isu ini yang mempunyai kesan besar kepada rakyat dan negara di masa hadapan, walaupun ia mungkin dilihat remeh di celah-celah pelbagai isu yang lain.

๐—ž๐—ฒ๐—ป๐˜†๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ฎ๐—ป ๐—ถ๐—ป๐—ถ ๐—ฑ๐—ถ๐˜๐—ฎ๐—ป๐—ฑ๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป๐—ถ ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐˜€๐—ฎ๐—บ๐—ฎ, ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐˜๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐—ธ๐—ต ๐Ÿณ ๐—๐˜‚๐—น๐—ฎ๐—ถ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฑ ๐—ผ๐—น๐—ฒ๐—ต ๐—ฎ๐—ต๐—น๐—ถ๐—ฎ๐—ต๐—น๐—ถ ๐—ฃ๐—ฎ๐—ฟ๐—น๐—ถ๐—บ๐—ฒ๐—ป ๐—ž๐—˜๐—”๐——๐—œ๐—Ÿ๐—”๐—ก ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ๐—ธ๐˜‚๐˜:

๐—ฅ๐—”๐—™๐—œ๐—ญ๐—œ ๐—ฅ๐—”๐— ๐—Ÿ๐—œ, Ahli Parlimen Pandan

๐—ก๐—œ๐—ž ๐—ก๐—”๐—ญ๐— ๐—œ ๐—ก๐—œ๐—ž ๐—”๐—›๐— ๐—”๐——, Ahli Parlimen Setiawangsa

๐—ช๐—ข๐—ก๐—š ๐—–๐—›๐—˜๐—ก, Ahli Parlimen Subang

๐—ฅ๐—ข๐——๐—ญ๐—œ๐—”๐—› ๐—œ๐—ฆ๐— ๐—”๐—œ๐—Ÿ, Ahli Parlimen Ampang

๐—ญ๐—”๐—›๐—œ๐—ฅ ๐—›๐—”๐—ฆ๐—ฆ๐—”๐—ก, Ahli Parlimen Wangsa Maju

๐—•๐—”๐—ž๐—›๐—ง๐—œ๐—”๐—ฅ ๐—ช๐—”๐—ก ๐—–๐—›๐—œ๐—ž, Ahli Parlimen Balik Pulau

๐—ฆ๐—ฌ๐—˜๐—— ๐—œ๐—•๐—ฅ๐—”๐—›๐—œ๐—  ๐—ฆ๐—ฌ๐—˜๐—— ๐—ก๐—ข๐—›, Ahli Parlimen Ledang

๐—ฆ ๐—ž๐—˜๐—ฆ๐—”๐—ฉ๐—”๐—ก, Ahli Parlimen Sungai Siput

๐—ข๐—ก๐—ก ๐—”๐—•๐—จ ๐—•๐—”๐—ž๐—”๐—ฅ, Ahli Parlimen Batu Pahat

Related posts

Leave a Comment