AYER KEROH 7 Julai – Ketua Setiausaha Negara, Shamsul Azri Abu Bakar mahu laporan segera dibentangkan berhubung pembongkaran sindiket penjualan sijil cuti sakit palsu susulan tiga lelaki termasuk seorang pesakit jantung ditahan semalam . Katanya laporan itu akan membolehkan siasatan dalaman pihaknya dibuat untuk mengenal pasti pembabitan penjawat awam dalam sindiket terbabit. “(Kes) Itu sedang dijalankan dan laporan akan diberikan kepada saya dalam masa segera. Saya belum tengok laporan, selepas saya tengok laporan, nanti baru saya tahulah dia punya maklumat lengkap,” katanya kepada media. Beliau ditemui selepas menghadiri perasmian program…
Read MoreDay: July 7, 2025
9 ahli Parlimen PKR gesa tubuh RCI
PUCHONG 7 Julai – Sembilan Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) menggesa satu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan berkaitan pelantikan Ketua Hakim Negara serta campur tangan dalam institusi kehakiman. Pada masa sama, Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen mengenai Hak Asasi Manusia dan Hal Ehwal Perlembagaan juga diminta menjalankan satu prosiding khas berhubung perkara tersebut. Sembilan Ahli Parlimen itu adalah Rafizi Ramli (Pandan); Nik Nazmi Nik Ahmad (Setiawangsa); Rodziah Ismail (Ampang); Wong Chen (Subang); Zahir Hassan (Wangsa Maju); Muhammad Bakhtiar Wan Chik (Balik Pulau); Syed Ibrahim Syed Noh (Ledang);…
Read More2.8 % daripada 36,428 pelajar ada tanda kemurungan
SHAH ALAM 7 Julai – Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, hari ini diberitahu, sejumlah 1,020 atau 2.8 peratus daripada 36,428 pelajar sekolah menengah di negeri ini dikesan mempunyai tanda-tanda awal kemurungan kategori berisiko tinggi. Perangkaan itu hasil Analisis Data Saringan Minda Sihat Murid Sesi 2024/2025 Negeri Selangor yang menjalankan saringan menggunakan instrumen Patient Health Questionnaire (PHQ) ke atas 36,428 pelajar itu. Exco Kesihatan Awam negeri, Jamaliah Jamaluddin, ketika menjawab soalan Azmizan Zaman Huri (PH-Pelabuhan Klang) bagaimanapun berkata, tingkah laku psikososial negatif dalam kalangan murid masih dalam keadaan terkawal. “Intervensi berfokus…
Read MoreBerita pilihan…
Parti baharu Musk tidak masuk akal
WASHINGTON – Tindakan Elon Musk melancarkan parti politik baharu adalah sesuatu yang “tidak masuk akal”, demikian reaksi Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump berhubung penubuhan Parti Amerika oleh bekas sekutunya. Bercakap kepada pemberita, Trump memaklumkan AS sejak dahulu mempunyai sistem dua parti dan menyifatkan parti ketiga hanya menambah kekeliruan kepada rakyat. “Parti ketiga tidak pernah berjaya. Jadi dia boleh berseronok dengannya, tetapi bagi saya ia memang tidak masuk akal,” katanya mengulas tindakan bekas penyokong Republikan, itu yang mahu mencabar sistem “satu parti” di AS. Bercakap kepada pemberita, Trump memaklumkan AS…
Read MoreBRICS gesa gencatan senjata segera di Gaza
RIO DE JANEIRO – Pemimpin negara-negara BRICS yang bermesyuarat di Rio de Janeiro semalam menggesa pihak berkaitan supaya mencapai persetujuan untuk melaksanakan gencatan senjata segera dan tanpa syarat bagi menamatkan perang di Gaza yang berlarutan sejak 22 bulan lalu. Selain itu, BRICS turut menuntut pengunduran penuh tentera Israel dari Semenanjung Gaza dan semua wilayah Palestin yang diduduki. Kenyataan blok berkenaan dikeluarkan ketika rundingan gencatan senjata antara Israel dan Palestin disambung semula di Doha, dengan tekanan semakin meningkat supaya konflik yang tercetus susulan serangan Hamas pada 7 Oktober 2023 itu ditamatkan…
Read More