WASHINGTON – Tindakan Elon Musk melancarkan parti politik baharu adalah sesuatu yang “tidak masuk akal”, demikian reaksi Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump berhubung penubuhan Parti Amerika oleh bekas sekutunya.
Bercakap kepada pemberita, Trump memaklumkan AS sejak dahulu mempunyai sistem dua parti dan menyifatkan parti ketiga hanya menambah kekeliruan kepada rakyat.
“Parti ketiga tidak pernah berjaya. Jadi dia boleh berseronok dengannya, tetapi bagi saya ia memang tidak masuk akal,” katanya mengulas tindakan bekas penyokong Republikan, itu yang mahu mencabar sistem “satu parti” di AS.
Bercakap kepada pemberita, Trump memaklumkan AS sejak dahulu mempunyai sistem dua parti dan menyifatkan parti ketiga hanya menambah kekeliruan kepada rakyat.
“Parti ketiga tidak pernah berjaya. Jadi dia boleh berseronok dengannya, tetapi bagi saya ia memang tidak masuk akal,” katanya.
Musk, individu terkaya di dunia dan penderma politik terbesar Trump dalam pilihan raya 2024, berkonflik dengan Presiden itu selepas mengetuai usaha Republikan mengurangkan perbelanjaan kerajaan dan memotong jumlah pekerjaan persekutuan melalui jabatan yang digelar Jabatan Kecekapan Kerajaan (DOGE).
Musk berselisih pendapat dengan Trump berhubung rancangan perbelanjaan domestik Presiden itu yang besar, dengan mendakwa ia akan melonjakkan hutang negara AS, selain berikrar akan melakukan apa sahaja untuk menewaskan Ahli Parlimen yang menyokongnya.
Dalam catatan seterusnya di Truth Social, Trump mendakwa Musk sudah “hilang arah” dan menjadi huru hara sejak lima minggu lalu.
Trump turut mengulangi dakwaannya bahawa Musk, yang memiliki syarikat kenderaan elektrik Tesla, berpaling tadah disebabkan rang undang-undang perbelanjaannya yang memotong subsidi kenderaan elektrik.
Bagaimanapun, Musk bertegas penentangannya berpunca daripada peningkatan defisit fiskal dan hutang negara yang bakal ditanggung oleh AS susulan pelaksanaan rang undang-undang itu.
Nnn
