PUTRAJAYA 27 Jun – Bagi mengurangkan beban rakyat serta melindungi perniagaan kecil daripada kesan peluasan cukai, kerajaan mengumumkan tiga pindaan terhadap pelaksanaan semakan semula Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan (SST). Kementerian Kewangan (MOF) dalam satu kenyataan berkata, pindaan itu membabitkan pengecualian cukai jualan ke atas buah-buahan import terpilih, kenaikan ambang jualan tahunan bagi pendaftaran cukai perkhidmatan, serta pembatalan cadangan peluasan cukai perkhidmatan kepada sektor kecantikan. Susulan itu, kurma dan limau mandarin dikecualikan daripada cukai jualan seperti epal dan oren yang diumumkan semalam. “Selepas meneliti maklum balas yang diterima berkenaan cukai…
Read MoreDay: June 27, 2025
Hati-hati pilih pakej umrah, haji
KUALA LUMPUR 27 Jun – Masyarakat Islam yang menyambut awal Muharam 1447 hari ini digesa berubah cara pemikiran sebelum membuat keputusan memilih pakej umrah atau haji susulan isu penipuan bagi menunaikan ibadah itu. Pengarah dan Penasihat Undang-Undang Andalusia Teavel & Tours, Ida Riswana Idris ketika membuat gesaan itu merayu masyarakat untuk menyelidik terlebih dahulu, syarikat yang dipilih untuk berurusniaga. “Tolonglah hentikan kepercayaan bulat-bulat kepada iklan di media sosial, saudara mara, sahabat handai atau kumpulan usrah tok imam 100 peratus. Let’s do a bit of homework & research sebelum kita yakin…
Read MoreBerita pilihan…
Kontrak paling lumayan dalam sejarah sukan
RIYADH – Cristiano Ronaldo menandatangani kontrak paling lumayan dalam sejarah sukan dengan perjanjian baharu bernilai 492 juta pound (RM2.86 bilion) untuk tempoh dua tahun. Legenda Portugal berusia 40 tahun itu akan kekal bersama Al-Nassr untuk tempoh dua tahun lagi, dengan gaji asas mencecah 488,000 pound (RM2.83 juta) sehari. Bekas bintang Manchester United itu juga turut ditawarkan kemewahan lain untuk menjadi duta bagi kelab Arab Saudi itu dan pendapatannya mampu mencecah hingga RM3 bilion untuk dua tahun akan datang. Selain gaji tahun 178 juta pound (RM1.03 bilion) setahun, Ronaldo juga akan…
Read MoreTamatkan juga konflik Gaza, Russia-Ukraine
ANKARA – Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan, memuji usaha Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, dalam mencapai gencatan senjata antara Iran dengan Israel, dan berharap dapat membantu menamatkan konflik di Gaza dan perang Russia-Ukraine. “Saya memberitahu Trump bahawa – merujuk kepada usahanya dalam gencatan senjata antara Israel dengan Iran – tahap usaha yang sama juga diharapkan untuk membantu menamatkan konflik di Gaza dan perang Russia-Ukraine. “Penutupan Selat Hormuz akan menyebabkan masalah besar. Kami percaya Iran tidak akan mengambil langkah sedemikian,” kata Erdogan di Belanda. Erdogan turut menegaskan konflik terbaru antara…
Read More