KOTA KINABALU 14 Jun – Setuju Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Barisan Nasional (BN) bertembung dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang, seperti saranan Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin. Itu pandangan peribadi Timbalan Setiausaha Agung GRS, Armizan Mohd Ali, sebagai reaksi kenyataan Ketua UMNO Sabah itu yang menegaskan hanya akan mempertimbangkan kerjasama dengan GRS selepas PRN17. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup itu berkata, pertembungan antara kedua-dua gabungan parti merupakan pendekatan terbaik bagi menyerahkan mandat sepenuhnya kepada rakyat menentukan parti pilihan mereka. Bung Moktar…
Read MoreDay: June 14, 2025
Anugerah penghormatan kepada semua
KUALA LUMPUR 14 Jun – Penerima Anugerah Hawana 2025, Yong Soo Heong mendedikasikan pengiktirafan diterimanya kepada semua yang terlibat dalam bidang kewartawanan. Soo Heong yang juga Presiden Institut Akhbar Malaysia (MPI) berkata, anugerah itu satu penghormatan kolektif terhadap semua pihak yang telah membimbing dan menyokong sepanjang penglibatannya dalam industri media tanah air. Beliau yang pernah berkhidmat di Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) sebagai Ketua Pengarang dan Pengurus Besar turut meluahkan harapan supaya agensi berita rasmi negara itu dapat mengekalkan standard tertinggi supaya menjadi institusi dihormati bukan sahaja dalam negara, tetapi…
Read MoreRozaid terima Anugerah Khas Hawana
KUALA LUMPUR 14 Jun – Bekas Pengarah Media dan Komunikasi Strategik di Pejabat Perdana Menteri (PMO) Allahyarham Rozaid Abdul Rahman, diangkat sebagai penerima Anugerah Khas Hari Wartawan Nasional (Hawana) 2025 bersempena dengan kemuncak sambutan hari ini. Anugerah disampaikan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim kepada anak sulung Allahyarham, Roz Ariffin, 34, dalam majlis penuh istimewa di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), dihadiri Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, serta 1,000 tetamu terdiri daripada pengamal media tempatan dan antarabangsa. Turut hadir, Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Wong Chun Wai; Ketua Pegawai Eksekutif…
Read MoreRM30 juta perkasa transformasi digital organisasi media
KUALA LUMPUR 14 Jun – Sebanyak RM30 juta diperuntukkan untuk organisasi media di negara ini melaksanakan transformasi digital dan penggunaan teknologi baharu dalam penghasilan bahan kandungan. Perdana Menteri, Anwar Ibrahim ketika mengumumkan demikian berkata, peruntukan itu sejajar dengan usaha memperkasa ekosistem dan kelangsungan media negara. Berucap pada majlis kemuncak Hari Wartawan Nasional (Hawana) 2025 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini hari ini, beliau berkata, sejak merdeka, inilah peruntukan terbesar yang kerajaan beri kepada wartawan. “Dengan bantuan dana kerajaan, dengan latihan, pendedahan kepada wartawan terutama yang muda, kita…
Read MoreTekad bertindak terhadap pemimpin korup
KUALA LUMPUR 14 Jun – Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, mengulangi tekad untuk terus bertindak terhadap pemimpin korup walaupun usaha itu tidak mendapat sokongan. Pada masa yang sama, beliau menegaskan ‘tidak berminat’ untuk memenjarakan individu tertentu yang terbabit rasuah, sebaliknya hanya mahu mendapatkan kembali wang negara yang diseleweng dan digunakan kembali untuk manfaat rakyat. “Apabila kita sudah mengambil tindakan terhadap pemimpin yang korup, sama ada yang dahulu atau masih berkhidmat dalam jawatan, ahli perniagaan, pemimpin korporat yang membazirkan berbilion ringgit, saya tidak melihat kemarahan atau sokongan (sedangkan) sepatutnya kita tunjukkan. “Tetapi…
Read MoreDunia kecam serangan Israel keatas Iran
JEDDAH – Serangan Israel ke atas Iran disifatkan sebagai pelanggaran terang-terangan terhadap kedaulatan negara itu dan undang-undang antarabangsa sert ancaman serius terhadap keamanan dan kestabilan serantau. Setiausaha Agung Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) Hissein Brahim Taha, berkata OIC mengecam sekeras-kerasnya serangan itu. Justeru OIC menggesa masyarakat antarabangsa dan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) bertindak segera serta tegas bagi menghentikan serangan itu. “Serangan itu menjejaskan keselamatan di seluruh rantau. Majlis Keselamatan perlu memikul tanggungjawabnya,” katanya dalam satu kenyataan dimuat naik di laman sesawang rasmi, semalam. Sementara itu Perdana Menteri Jepun, Shigeru…
Read More