Seorang penumpang pesawat dilapor selamat

NEW DELHI – Setelah tersebar laporan kesemua 242 penumpang dan anak kapal dalam pesawat Air India terbunuh selepas  terhempas,  di Ahmedabad, muncul seorang penumpang yang terselamat dalam nahas udara itu. Ramesh Vishwaskumar Bucharvada, warga Britain berusia 38 tahun itu dilaporkan satu-satunya individu yang terselamat. Lelaki itu dilaporkan duduk di kerusi bernombor 11A sempat melompat keluar dari pesawat AI171 ketika nahas berlaku dan sebuah video tular menunjukkan Ramesh, yang mengalami kecederaan, berjalan menuju ke lokasi nahas. Pesawat Boeing 787 Dreamliner kod AI171 berkenaan membawa 230 penumpang dan 12 kru dalam perjalanan…

Read More

Pasang lampu solar di lokasi nahas Julai

PUTRAJAYA 12 Jun – Kementerian Kerja Raya (KKR) memperuntukkan RM55 juta tahun ini bagi kerja-kerja penyenggaraan Lebuh Raya Timur-Barat (FT004) dalam usaha meningkatkan tahap keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya. Menterinya, Alexander Nanta Linggi, berkata sejak di awal pelantikannya sebagai Menteri Kerja Raya, laluan Gerik-Jeli ini merupakan antara laluan pertama yang diberi penekanan untuk dibaik pulih secara berperingkat. Katanya , enam bulan pertama sebagai Menteri KKR, beliau meluluskan peruntukan RM30 juta (Jun 2023) untuk membina semula sebahagian laluan di FT004, diikuti tambahan RM30 juta oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar…

Read More

Had BDM 24,000kg, bawa BDM 40,960kg.

PUTRAJAYA 12 Jun – Lori membawa batu kerikil yang terbabit dalam nahas membabitkan trak Unit Simpanan Persekutuan (FRU) di Teluk Intan, Perak, pada 13 Mei lalu, disahkan membawa muatan 70.67 peratus melebihi had dibenarkan. Menurut laporan awal nahas yang diterbitkan Kementerian Pengangkutan hari ini, Berat Dengan Muatan (BDM) yang dibenarkan 24,000kg tetapi ketika nahas lori terbabit membawa muatan dengan kapasiti BDM 40,960 kilogram (kg). Ini bermakna, BDM lori terbabit melebihi had yang dibenarkan sekali gus menyalahi Seksyen 57(1)(b)(vi) Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715) dan Kaedah 89 Kenderaan Bermotor.…

Read More

Lori bawa kerikil masuk lorong bertentangan

PUTRAJAYA 12 Jun  – Lori tipper membawa batu kerikil yang memasuki lorong arah bertentangan dikenal pasti sebagai punca nahas dengan trak Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) di Jalan Chikus-Sungai Lampam, Teluk Intan, Perak, bulan lalu. Menurut Laporan Awal Pasukan Petugas Khas berhubung kemalangan itu, lori tipper berkenaan memasuki laluan yang sedang dilalui konvoi FRU sebelum bertembung dan ini dibuktikan dengan kesan brek, tayar dan geseran di lokasi kejadian. Akibat perlanggaran itu, kedua-dua lori terbalik ke sisi kiri masing-masing dan berada pada kedudukan akhir dalam keadaan mengiring. Di kawasan berhampiran simpang jalan,…

Read More

Kumpulan pertama jemaah umrah Andalusia

SEPANG 12 Jun –  Syarikat pengendali haji dan umrah, Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd (Andalusia) memulakan penghantaran jemaah umrah selepas musim haji berakhir dengan ‘menerbangkan’ 41 jemaah awal pagi ini melalui penerbangan Saudi Airlines. Kumpulan pertama umrah yang menggunakan visa pelancong itu akan terus ke Jeddah dan kemudiannya melakukan ziarah di Taif sebelum niat ihram mengerjakan umrah di Masjid Qarnul Manazil. Menurut Pengurus Kanan Unit Agama dan Bimbingan Andalusia, Mohamad Taha Hassan, pakej serendah RM5,990 itu memberi peluang jemaah merasai suasana musim haji yang baru selesai. “Jemaah akan berada…

Read More

Poland kurangkan keluar visa

WARSAW – Poland akan mengurangkan pengeluaran visa kepada pemohon dari negara Asia dan Afrika sebanyak 50 peratus pada 2025, kata Perdana Menterinya Donald Tusk di Parlimen Keputusan ini dibuat susulan siasatan oleh Pejabat Pendakwa Raya Negara Poland pada 2024 berkaitan kes penyelewengan pemprosesan visa dalam tempoh 18 bulan di pejabat diplomatik Poland di beberapa negara. Negara terlibat adalah Hong Kong, Taiwan, UAE, India, Arab Saudi, Singapura, Filipina dan Qatar. Salah laku ini berlaku di bawah pentadbiran parti pemerintah terdahulu, Law and Justice dan kebanyakannya membabitkan visa kerja Schengen. Nnn

Read More

Lebih 2,700 berdepan kurang zat makanan

GAZA – Lebih 2,700 kanak-kanak Palestin dikesan mempunyai masalah kekurangan zat makanan yang serius di Gaza dalam keadaan sekatan menyeluruh oleh Israel ke atas wilayah itu. Menurut Agensi Kerja dan Bantuan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA), krisis ini mencapai tahap yang belum pernah berlaku sebelum ini apabila penduduk Gaza terus kelaparan. “Lebih 2,700 kanak-kanak di bawah usia lima tahun dikesan mengalami kekurangan zat makanan serius pada akhir Mei lalu,” kata UNRWA dalam satu kenyataan sambil menekankan akses kemanusiaan mesti dipulihkan dengan segera. Agensi PBB itu turut…

Read More