Kumpulan pertama jemaah umrah Andalusia

SEPANG 12 Jun –  Syarikat pengendali haji dan umrah, Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd (Andalusia) memulakan penghantaran jemaah umrah selepas musim haji berakhir dengan ‘menerbangkan’ 41 jemaah awal pagi ini melalui penerbangan Saudi Airlines.

Kumpulan pertama umrah yang menggunakan visa pelancong itu akan terus ke Jeddah dan kemudiannya melakukan ziarah di Taif sebelum niat ihram mengerjakan umrah di Masjid Qarnul Manazil.

Menurut Pengurus Kanan Unit Agama dan Bimbingan Andalusia, Mohamad Taha Hassan, pakej serendah RM5,990 itu memberi peluang jemaah merasai suasana musim haji yang baru selesai.

“Jemaah akan berada di Makkah selama 10 hari sembilan malam dan empat hari tiga malam di Madinah,” katanya di KLIA malam tadi.

Turut menyertai kumpulan pertama selepas musim haji ini adalah pasangan suami isteri Amir Onn Mustapha dan Siti Zalina Mohd Yusoff yang penyertaan mereka  mengembalikan kenangan menjadi antara kumpulan pertama umrah selepas pandemik Covid-19.

Amir Onn memberitahu, beliau pada tahun 2021 juga memilih Andalusia untuk mengerjakan ibadah umrah selepas visa umrah dibuka semula selepas Covid-19 untuk penduduk di luar Arab Saudi.

Baru-baru ini, Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi mengumumkan pengeluaran visa akan bermula pada 10 Jun bersamaan 14 Zulhijjah 1446H di mana kumpulan pertama jemaah luar negara dijangka tiba pada, 11 Jun.

Dalam pada itu, Mohamad Taha berkata, Andalusia pada musim 1446H telah menerbangkan kira-kira 50,434 jemaah dengan sasaran pada musim akan datang 1447H sebanyak 80,000 orang.

Katanya, untuk musim akan datang, seperti biasa Andalusia menawarkan pakej sekeluarga mampu ke Tanah Suci dengan harga serendah RM5,990 untuk pendaftaran terawal.

Andalusia juga menawarkan diskaun RM200 untuk pendaftaran setiap 10 jemaah dalam resit yang sama sehingga 31 Disember 2025.

Selain itu, Andalusia juga menawarkan satu pakej percuma bagi setiap 25 jemaah yang mendaftar bersama dalam satu resit serta menaiki bas dan penerbangan yang sama.

Beliau pada masa yang sama turut menasihatkan orang ramai untuk lebih berhati-hati dalam memilih pakej yang diiklankan serta tidak mudah terpedaya dengan pakej percuma, infak atau separuh harga.

“Berurusanlah dengan syarikat pelancongan berlesen dari Kementerian Pelancongan (MOTAC) dengan memastikan syarikat tersebut aktif,” katanya.

Nnnnn

Related posts

Leave a Comment