GRS sudah bersedia hadapi PRN17

TUARAN 7 Jan – Jentera Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sudah bersedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-17, walaupun soal pembahagian kerusi masih belum dibincangkan, kata Pengerusinya  Hajiji Noor.

Ketua Menteri itu berkata, GRS telah menubuhkan jentera pilihan raya dan menganjurkan beberapa siri kursus di setiap kawasan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) sebagai usaha memantapkan gerak kerja di peringkat akar umbi.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan ibadah korban peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah Tuaran, di sini hari ini.

Penggal lima tahun Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah dijadual terbubar secara automatik pada 11 November ini, selepas penggal tersebut bermula pada 12 November 2020, selepas PRN Sabah Ke-16.

Mengenai kerjasama dengan Barisan Nasional (BN) pada PRN akan datang, Hajiji berkata GRS bersikap terbuka untuk berbincang dengan pimpinan parti berkenaan.

Hajiji berkata, kali terakhir beliau bertemu Pengerusi BN (Dr Ahmad Zahid Hamidi) adalah sebelum bulan puasa dan ada beberapa perkara politik yang dibincangkan, tetapi belum ada perbincangan lanjut mengenai kerjasama dan sebagainya.

“Tiada masalah untuk kita berjumpa. Saya amat menghormati semua rakan, terutama Pengerusi BN. Kita amat terbuka dalam hal ini,” katanya.

Nnn

Related posts

Leave a Comment