GRS sudah bersedia hadapi PRN17

TUARAN 7 Jan – Jentera Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sudah bersedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-17, walaupun soal pembahagian kerusi masih belum dibincangkan, kata Pengerusinya  Hajiji Noor. Ketua Menteri itu berkata, GRS telah menubuhkan jentera pilihan raya dan menganjurkan beberapa siri kursus di setiap kawasan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) sebagai usaha memantapkan gerak kerja di peringkat akar umbi. Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan ibadah korban peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah Tuaran, di sini hari ini. Penggal lima tahun Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah dijadual terbubar secara…

Read More

Kurangkan 5,000 pekerja tiada kaitan Petros

KUCHING 7 Jun – Pengurangan 5,000 tenaga kerja Petronas tiada kaitan dengan isu Petroleum Sarawak Berhad (Petros), sebaliknya ia berpunca daripada cabaran global dalam industri minyak dan gas. Timbalan Perdana Menteri, Fadillah Yusof berkata, syarikat minyak dan gas negara itu perlu melakukan proses penstrukturan susulan penurunan harga minyak mentah dunia. Beliau yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata Petronas perlu melihat semula keseluruhan operasinya. Saya merancang untuk mengadakan pertemuan dengan mereka untuk mendapatkan taklimat mengenai perkara itu dan bagi memastikan jumlah pemberhentian pekerja dapat dikurangkan, jika tidak dapat…

Read More

Serangan menjelang Aidiladha

BEIRUT – Ketika umat Islam bersedia menyambut Aidiladha, Israel melancarkan serangan keempat dan yang terbesar di Lubnan wilayah selatan Beirut dan memberi amaran akan meneruskannya selagi pejuang Hizbullah tidak melucutkan senjata. Serangan terbaharu itu disifatkan oleh pemimpin Lubnan sebagai pelanggaran besar terhadap gencatan senjata November lalu. Serangan yang bermula pada Khamis itu menyasarkan apa yang didakwa tentera Israel sebagai kilang bawah tanah pembuatan dron milik Hizbullah. Ia dilancarkan selepas arahan pemindahan dikeluarkan oleh Israel menjelang sambutan Aidiladha, menyebabkan ribuan penduduk di kawasan selatan Beirut melarikan diri. Sebelum ini, serangan terakhir…

Read More

Trump harap yang terbaik untuk Musk

WASHINGTON – “Saya hanya mengharapkan yang terbaik untuknya,” kata Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, berhubung ‘sengketa’ dengan Elon Musk, yang pernah menjadi sekutunya. Sambil menyifatkan Elon Musk sebagai ‘hilang akal’, beliau bagaimanapun menegaskan ingin melupakan persengketaan dengan bilionair terkenal itu. “Saya terlalu sibuk dengan urusan China, Russia, dan Iran… saya tidak memikirkan mengenai Elon Musk. Saya hanya mengharapkan yang terbaik untuknya,” kata Trump seperti dilaporkan media. Trump memberitahu wartawan demikian di atas pesawat Air Force One, dalam penerbangan ke kelab golf miliknya di New Jersey, semalam. Perpecahan antara individu…

Read More