Day: June 5, 2025
Palestin, Hamas kecam veto AS
PALESTIN dan kumpulan Hamas mengecam tindakan Amerika Syarikat (AS) memveto draf resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) yang menggesa gencatan senjata dilaksanakan segera di Semenanjung Gaza. Kedua-duanya menuduh Washington menjadi penyumbang utama kepada penderitaan berterusan di wilayah yang dicengkam peperangan itu. Pemerhati Tetap Palestin ke PBB, Riyad Mansour, berkata kepada UNSC bahawa draf resolusi itu mempunyai ‘matlamat mudah’ – menghentikan bencana kemanusiaan di Gaza serta membolehkan pembebasan tawanan dan tahanan, selain pengunduran tentera Israel. Beliau berkata, draf ini sudah terlalu lama tertangguh dan seharusnya membuka jalan untuk menamatkan pembunuhan…
Read MoreLarangan perjalanan 12 negara
WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, menandatangani larangan perjalanan yang menyasarkan 12 negara, dengan menyatakan ia didorong oleh insiden serangan terhadap protes Yahudi di Colorado pada Ahad lalu. Larangan itu menyasarkan warga Afghanistan, Myanmar, Chad, Republik Congo, Equatorial Guinea, Eritrea, Haiti, Iran, Libya, Somalia, Sudan serta Yaman. Selain itu, Trump turut mengenakan larangan separa terhadap pengembara dari tujuh negara lagi membabitkan Burundi, Cuba, Laos, Sierra Leone, Togo, Turkmenistan dan Venezuela. Untuk rekod, larangan itu menyerupai langkah seumpama diambilnya ketika kali pertama memegang jawatan Presiden AS sebelum ini. “Serangan…
Read More