ShowTech MARDI catat lebih 400,000 pengunjung

SERDANG 2 Jun – Lebih 400,000 pengunjung mengunjungi Showcase Teknologi MARDI 2025  (ShowTech MARDI 2025) sepanjang lima hari yang berakhir hari ini dengan anggaran jualan tunai yang dicatatkan mencecah RM1.048 juta. Dalam tempoh yang sama, ShowTech MARDI 2025 yang bermula Khamis lalu berjaya menjalankan rundingan 22 teknologi di bawah padanan perniagaan dengan nilai potensi berjumlah RM21 juta. Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Kerterjaminan Makanan,  Isham Ishak berkata, kejayaan penganjuran program ini menyerlahkan peranan dan tanggungjawab penyelidik MARDI untuk terus giat menjalankan penyelidikan dan inovasi dalam memacu pembangunan dan pemodenan sektor…

Read More

Ali Rustam lawat ShowTech MARDI 2025

SERDANG 2 Jun – Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Dr Mohd Ali Rustam meluangkan masa hampir dua jam melawat pameran dan ladang sempena Showcase Teknologi MARDI 2025  (ShowTech MARDI 2025) yang berakhir hari ini. Ketibaan beliau di Dewan A Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) disambut Pengerusi MARDI Dr Azman Ismail dan Ketua Pengarah MARDI Datuk Dr Mohamad Zabawi Ghani. Turut serta mengiringi beliau kemudiannya adalah Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Isham Ishak. Ali diberi penerangan mengenai teknologi dan produk pertanian ketika mengunjungi ruang pameran serta ladang…

Read More

Anugerah bukan untuk dibeli, dilobi

KUALA LUMPUR 2 Jun – Anugerah darjah kebesaran, bintang dan pingat Persekutuan bukan untuk dibeli atau dilobi, sebaliknya hanya diberikan kepada individu yang benar-benar layak serta berjasa kepada kerajaan dan negara. Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menegaskan walaupun kerajaan telah menggariskan syarat untuk dipertimbangkan, baginda tetap akan menilai semula setiap calon yang dicadangkan. Baginda bertitah, , hanya individu yang telah lama berkhidmat dan berjasa kepada kerajaan, atau yang telah mengharumkan nama negara, wajar untuk diperkenankan. “Memang setiap tahun tidak banyak yang melepasi syarat tersebut. Walaupun, ada pihak yang melobi, saya…

Read More

Rakyat bersatu padu hadiah istimewa

KUALA LUMPUR 2 Jun –  Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, mengingatkan pemimpin masyarakat supaya tidak bermain politik atas isu sensitif, yang akan menimbulkan perbalahan dalam masyarakat dan menggugat kestabilan negara. Baginda bertitah apabila wujud lagi banyak parti politik atau kem dalam parti, maka rakyat akan lebih berpecah-belah dan benci-membenci di antara satu sama lain. “Gunakanlah akal sebelum buat sebarang keputusan. Tidak ada hadiah yang lebih istimewa buat diri saya, selain daripada rakyat yang bersatu-padu. “Saya pernah sebutkan dulu, ada satu virus yang akan melanda negara kita. Sekarang kita nampak virus…

Read More

Trak ubat disekat, Gaza berdepan malapetaka

BANDAR GAZA – Hospital-hospital di wilayah Gaza kini berdepan keadaan “malapetaka” akibat kekurangan ubat-ubatan dan bekalan perubatan yang teruk susulan tibdakan Israel menghalang kemasukan lebih 3,000 trak bantuan kesihatan. Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Gaza, Munir al-Bursh, berkata, pihak berkuasa Israel menyekat kemasukan trak yang membawa peralatan kesihatan penting daripada memasuki Gaza dari bandar Arish di Mesir. “Larangan berterusan rejim pendudukan terhadap kemasukan ubat-ubatan dan vaksin telah menyumbang kepada penularan penyakit berjangkit dan wabak,” kata Bursh dalam satu kenyataan. Beliau turut memaklumkan berlaku peningkatan mendadak kes cirit-birit akut, meningitis dan krisis…

Read More

Bantuan bertukar jadi “perangkap maut”

GAZA – Kementerian Kesihatan Gaza memaklumkan sekurang-kurangnya 49 rakyat Palestin terbunuh dan lebih 300 lagi cedera apabila tentera Israel melepaskan tembakan ke arah penduduk yang sedang mendapatkan bantuan kemanusiaan berhampiran pusat agihan di bandar Rafah, selatan Gaza, semalam. Justeru, Ketua Pesuruhjaya Agung Agensi Bantuan dan Kerja Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA), Philippe Lazzarini menyifatkan mekanisme pengagihan bantuan yang diwujudkan Israel kini menjadi “perangkap maut” bagi orang awam yang kelaparan di Semenanjung Gaza. Israel merancang untuk menubuhkan empat pusat agihan bantuan di selatan dan tengah Gaza, yang…

Read More