SERDANG 2 Jun – Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Dr Mohd Ali Rustam meluangkan masa hampir dua jam melawat pameran dan ladang sempena Showcase Teknologi MARDI 2025 (ShowTech MARDI 2025) yang berakhir hari ini.
Ketibaan beliau di Dewan A Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) disambut Pengerusi MARDI Dr Azman Ismail dan Ketua Pengarah MARDI Datuk Dr Mohamad Zabawi Ghani.
Turut serta mengiringi beliau kemudiannya adalah Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Isham Ishak.
Ali diberi penerangan mengenai teknologi dan produk pertanian ketika mengunjungi ruang pameran serta ladang sayur-sayuran, taman herba, ladang ternakan haiwan dan juga taman kelulut.
Beliau juga singgah di lokasi yang menjual anak benih pokok, hasil penyelidikan MARDI.
ShowTech MARDI 2025 bermula Khamis lalu mulai pukul 10 pagi sehingga 10 malam dan berakhir hari ini yang melibatkan pameran di Dewan A MAEPS dan Ibu Pejabat MARDI, Serdang.
Ini adalah program kedua sejak tahun 2023 yang dijangka menarik kehadiran seramai 500,000 pengunjung dari pelbagai latar belakang masyarakat.
Nnnn
