Jangan biar PKR tikam belakang

SEPANG 30 Mei  –  UMNO mesti memberi amaran kepada PKR seterusnya menegur Anwar Ibrahim jika permohonan Tengku Zafrul Abdul Aziz untuk menyertai parti itu diterima, kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi  Dr Mohd Puad Zarkashi. Pada masa yang sama, beliau juga akan mendesak UMNO menyemak balik akujanji semasa Zafrul menjadi calon BN pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15, sama ada Zafrul boleh dituntut membayar ganti rugi sebanyak RM100 juta kerana lompat parti? “Saya pasti akan membangkitkan isu Tengku Zafrul mahu menyertai PKR dalam mesyuarat MKT akan datang,” katanya dalam kenyataan melalui…

Read More

UMNO belum terima surat, Zafrul ke Makkah

KUALA LUMPUR 30 Mei – UMNO belum menerima secara rasmi surat Senator Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz yang menyatakan meletakkan semua jawatan dalam parti seterusnya keahlian UMNO. Setiausaha Agung UMNO Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, UMNO juga memandang serius niat peletakan jawatan kerana ingin menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR). Dalam kenyataannya, beliau berkata, adalah amat tidak wajar untuk mana-mana parti dalam Kerajaan Perpaduan menerima keahlian daripada ahli parti-parti lain sewenang-wenangnya. “Ini bagi mengelakkan berlakunya ketidakharmonian di kalangan parti-parti dalam gabungan Kerajaan Perpaduan hingga tercetus pula prejudis dan prasangka berterusan mengenai…

Read More

Patut letak sama jawatan menteri

SEPANG 30 Mei  – Ketua Pemuda UMNO Dr Akmal Saleh berkata Tengku Zafrul Aziz sepatutnya turut meletak jawatan sebagai Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, selepas mengumumkan keluar parti itu. “Sepatutnya letak jawatan menteri sekali,” katanya di Facebook, sejurus selepas Zafrul mengumumkan melepaskan jawatan Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO dan Ketua UMNO Kota Raja. Zafrul yang mendakwa menyertai UMNO sejak 1997 turut mengumumkan hasrat menyertai PKR dan akan mengemukakan permohonan. Dr Akmal juga secara sinis berharap PKR menerima permohonan masuk Tengku Zafrul untuk membuktikan persahabatan antara UMNO dan parti itu. Dr…

Read More

Zafrul tinggalkan UMNO mahu sertai PKR

KUALA LUMPUR – Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz mengumumkan meninggalkan UMNO hari ini. Dalam hantaran di Facebooknya, beliau berkata telah menghantar surat peletakan jawatan itu kepada pucuk pimpinan UMNO. Beliau juga menyatakan hasrat untuk menyertai PKR dan akan mengemukakan permohonan. Berikut kenyataan penuh:   Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera. Pada hari ini, saya telah menghantar surat peletakan jawatan saya kepada pucuk pimpinan UMNO. Di dalam surat tersebut, saya telah menyatakan keputusan saya untuk meletakkan jawatan sebagai ahli Majlis Kerja Tertinggi, Ketua UMNO Bahagian Kota…

Read More

Israel terima cadangan baharu gencatan

TEL AVIV –  Israel menerima cadangan baharu untuk gencatan senjata dengan Hamas yang dikemukakan oleh utusan khas Amerika Syarikat, Steve Witkoff, manakala Hamas memaklumkan, sedang meneliti cadangan itu. Menurut pegawai Israel, cadangan tersebut melibatkan pembebasan 10 tebusan hidup dan 18 mayat tebusan, serta gencatan senjata selama 60 hari. Bagaimanapun, tiada makluman diberikan mengenai rundingan ke arah penamatan perang secara kekal – satu tuntutan utama Hamas yang sehingga kini ditolak oleh Israel. Sementara, Hamas meneliti cadangan Witkoff “secara bertanggungjawab demi kepentingan rakyat, bagi memberi kelegaan dan mencapai gencatan senjata yang kekal.”…

Read More