Ingatan Lembaga Disiplin PKR

SEPANG 14 Mei  – Lembaga Disiplin PKR mengingatkan semua calon dan penyokong pada Pemilihan PKR 2025 supaya menjaga integriti, perpaduan dan imej parti sepanjang peringkat terakhir kempen pemilihan parti. Pengerusinya Dr Tan Yee Kew, berkata calon juga hendaklah menghentikan serangan peribadi termasuk tidak membuat tuduhan tidak berasas sebaliknya perlu memfokuskan kempen kepada perbahasan dasar dan idea. Dalam kenyataannya, beliau berkata, perbuatan menjurus serangan peribadi, perbalahan terbuka serta mengeluarkan kenyataan awam yang menghina terhadap anggota parti adalah tidak wajar, tidak boleh diterima dan hanya akan menggugat perpaduan parti. “Sebarang dakwaan terhadap…

Read More

Manfaatkan rakan strategik

KUALA LLUMPUR14 Mei – Timbalan Menteri Pelancongan Seni dan Budaya (MOTAC) Khairul Firdaus Akbar Khan menggesa agensi pelancongan berkaitan umrah supaya terus kreatif bagi menawarkan perkhidmatan kepada bakal jemaah. Katanya, seiring dengan arus pemodenan teknologi dan digital, setiap agensi diharap dapat berlumba-lumba untuk menawarkan pakej yang lebih telus, berpatutan dan berintegriti demi menjaga kepercayaan jemaah. Justeru, beliau menyambut baik Program Bangkit Usahawan Umrah siri ke-2 anjuran Andalusia Travel and Tours Sdn Bhd (Andalusia) dengan kerjasama Persatuan Syarikat Pengendalian Pelancongan Bumiputera Malaysia (Bumitra) dan MOTAC. Program itu berjaya merekodkan kehadiran seramai…

Read More

Pemandu lori direman empat hari

TELUK INTAN 14 Mei  – Pemandu lori yang terbabit dalam kemalangan yang meragut nyawa sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) di Kilometer 15 Jalan Sungai Manik-Sungai Lampam di sini, semalam direman empat hari mulai hari ini. Perintah reman terhadap lelaki berusia 45 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Naidatul Athirah Azman selepas permohonan dibuat oleh Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Dr Bakri Zainal Abidin. Naidatul Athirah membenarkan perintah reman empat hari bermula hari ini hingga Sabtu. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu…

Read More

Penghormatan terakhir buat 9 anggota FRU

IPOH 14 Mei – Sembilan jenazah anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang terkorban dalam nahas di Jalan Chikus–Sungai Lampam di Teluk Intan, diberi istiadat penghormatan terakhir di pekarangan Surau Al Mustaqim, Markas FRU Sungai Senam, di sini awal pagi ini. Solat jenazah disempurnakan ke atas tujuh anggota beragama Islam buat kali kedua selepas sesi solat jenazah di Surau Ar-Rahman Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak. Solat jenazah kali kedua di Surau Al Mustaqim, disempurnakan bagi Allahyarham Koperal Mohd Pozli Jaudin, 41; Koperal Mohamad Hilmi Mohd Azlan, 38; Konstabel Akmal…

Read More

PBB kecam ‘muslihat’ pelan bantuan Israel

NEW YORK – Pelan pengagihan bantuan kemanusiaan untuk Gaza yang dicadangkan Israel dan disokong Amerika Syarikat (AS) didakwa sebagai satu muslihat licik, serta gangguan yang disengajakan. Ketua bantuan kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Tom Fletcher yang mengecam pelan itu berkata,  kawalan sepenuhnya terhadap setiap bantuan yang mahu diagihkan itu sebagai helah Israel untuk meneruskan keganasan dan pengusiran rakyat Palestin di wilayah bergolak itu. Sejak Mac lalu, tiada bantuan kemanusiaan dihantar ke Gaza dan pemantau kebuluran global memberi amaran bahawa setengah juta orang kini berdepan kebuluran, iaitu suku daripada jumlah penduduk…

Read More

Perjanjian pertahanan Arab – AS

RIYADH – Arab Saudi dijangka menerima kelengkapan dan perkhidmatan peperangan canggih susulan perjanjian pertahanan antara kedua-dua negara bernilai hampir AS$142 bilion (RM614 bilion). Rumah Putih yang menyifatkannya sebagai ‘perjanjian jualan pertahanan terbesar dalam sejarah menyatakan lebih sedozen firma pertahanan AS akan menyediakan bekalan dan perkhidmatan itu. Menurut kenyataan di laman sesawang rasmi Rumah Putih, perjanjian itu meliputi lima bidang utama iaitu pemodenan tentera udara dan keupayaan angkasa lepas, pertahanan udara dan peluru berpandu, keselamatan maritim dan pesisir pantai, keselamatan sempadan dan pemodenan pasukan darat, serta penaiktarafan sistem maklumat dan komunikasi.…

Read More