Kadar kebolehjangkitan kekal 1.05

PUTRAJAYA 15 Ogos – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 semalam, Sabtu 14 Ogos kekal pada paras 1.05, sama seperti hari sebelumnya.

Sembilan negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan dengan Perlis mencatat kadar tertinggi dengan 1.47 .

Ini diikuti Kelantan 1.20, Sabah dan Pulau Pinang masing-masing 1.17, Sarawak 1.13, Kedah dan Perak masing-masing 1.11, Johor 1.10 dan Pahang 1.06.

Negeri dengan kadar kebolehjangkitan di bawah purata kebangsaan adalah

Terengganu 1.04, Selangor dan Kuala Lumpur masing-masing 1.02, Melaka 1.01 dan Negeri Sembilan 1.00.

Putrajaya dengan 0.89 manakala Labuan semalam tidak mencatatkan kes harian Covid-19.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Related posts

Leave a Comment