KULIM 12 Mei – “Undilah Nurul Izzah saudara saudari,” itu kata Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli sebelum beliau mengakhiri ucapan pada siri Jelajah Hidupkan Idealisme Reformasi Dalam Ujian Rakyat (HIRUK) di Kedah, malam ini. Menteri Ekonomi itu berkata, itu sahaja pilihan keputusan yang ada kerana jika Nurul Izzah tewas, perkara itu dikhuatiri akan dijadikan naratif atau polemik bahawa anggota parti telah menolak presiden sendiri iaitu Anwar Ibrahim. “Kalau Izzah kalah (Timbalan Presiden PKR), apa mesejnya kepada rakyat? Mesejnya, anggota PKR menolak Anwar Ibrahim (Perdana Menteri) …kalau (Nurul Izzah) kalah…jadi sebab…
Read MoreDay: May 12, 2025
Kes HFMD meningkat 266 peratus
PUTRAJAYA 12 Mei – Penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di seluruh negara menunjukkan peningkatan 266 peratus, dengan 99,601 kes dilaporkan sehingga Minggu Epidemiologi ke-17 2025 (ME 17/2025) berbanding 27,236 kes bagi tempoh sama tahun lalu. Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan (KKM), daripada jumlah itu 10,421 kes (10 peratus) adalah berkaitan wabak, manakala 89,180 kes (90 peratus) berlaku secara sporadik dan setakat ini tiada kematian berkaitan HFMD dilaporkan. Lima negeri yang mencatatkan jumlah kes tertinggi adalah Selangor dengan 27,118 kes (27.2 peratus), diikuti Johor 9,864 kes (9.9 peratus), Perak 9,347 kes…
Read MoreTekad Azam Baki selepas dilantik semula
PUTRAJAYA 12 Mei – Azam Baki menyatakan komitmen untuk terus menerajui agensi penguat kuasa dalam membanteras segala bentuk rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa. Katanya, langkah itu adalah demi mewujudkan sebuah negara yang makmur, adil dan sejahtera. “SPRM juga komited untuk meningkatkan skor Indeks Persepsi Rasuah (CPI) negara agar Malaysia terus dihormati dan diyakini di peringkat antarabangsa,” katanya dalam satu kenyataan susulan pelantikan semula beliau mengetuai SPRM. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dalam satu kenyataan sebelum ini memaklumkan Yang di-Pertuan Agong sudah memperkenankan pelantikan semula Azam…
Read More8 ekor gajah mati nahas jalan raya sejak 2020
CHUKAI 12 Mei – Sebanyak 2,361 kematian membabitkan pelbagai spesies haiwan termasuk lapan ekor gajah direkodkan akibat kemalangan jalan raya di seluruh negara dalam tempoh 2020 hingga semalam. Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata Pahang merekodkan jumlah tertinggi iaitu sebanyak 765 kes diikuti, Perak (478 kes), Kelantan (224 kes), Terengganu (201) dan Negeri Sembilan (187 kes). Katanya, lapan gajah yang direkodkan mati akibat dilanggar kenderaan adalah satu kematian pada 2020, dua pada 2021, manakala dua pada 2024 dan tahun ini, tiga ekor setakat bulan Mei.…
Read MoreKini MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi
KEPALA BATAS 12 Mei – Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kepala Batas, di sini, secara rasminya dinamakan MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai penghargaan besar terhadap jasa Perdana Menteri kelima itu. Timbalan Perdana Menteri, Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, penamaan semula institusi berkenaan adalah sebagai pengiktirafan dan penghormatan khas kepada Tun Abdullah yang banyak berjasa kepada agama, bangsa dan negara. Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, menyempurnakan Majlis Pemasyhuran MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi, di sini hari ini. Menurutnya, sebagai menghargai jasa dan sumbangan Abdullah, beliau juga mahu…
Read MoreBerpusu sertai PKR, Pas pula lebih dipercayai
SEREMBAN 12 Mei – Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli mendakwa, ramai yang berpusu-pusu menyertai parti itu untuk mengejar jawatan dan kuasa sehingga wujud gerakan untuk menjatuhkan ‘orang lama’ yang jatuh bangun bersama parti. Di pentas Jelajah Hiruk, kempen Pemilihan PKR 2025 di sini malam tadi, Rafizi yang juga Menteri Ekonomi turut mendedahkan, dalam isu membanteras rasuah, Pas lebih dipercayai berbanding PKR. masih lagi berada di belakang dengan hanya lapan peratus berbanding Pas yang berada di depan dengan 29 peratus. Jelajah Hiruk Zon Melaka dan Negeri Sembilan di Klana Resort, itu…
Read MoreBerita pilihan…
Bersedia hadapi suhu melampau di Makkah
MAKKAH – Kementerian Haji Saudi mengingatkan jemaah haji supaya bersedia dari segi mental dan fizikal, bagi menghadapi jangkaan suhu semasa melampau yang mencecah antara 45 dengan 50 darjah Celsius di Makkah. Menurut satu kenyataan, setakat ini suhu di kota suci Madinah sudah mencecah 41 darjah Celcius. “Tahun ini cuaca dijangka sangat panas dan kering. Suhu boleh mencecah melebihi 45 darjah Celsius dan di Madinah, setakat ini sudah mencecah 41 darjah Celsius. Kita harus bersedia dari segi mental dan fizikal,” kata kenyataan itu. Susulan musim haji 2025 semakin hampir, jutaan jemaah…
Read MoreRekod lebih 25,000 penumpang sehari
JAKARTA – Kereta api berkelajuan tinggi Jakarta-Bandung, di Indonesia, yang dikenali sebagai Whoosh, mencatat rekod baharu dengan mengangkut lebih 25,000 penumpang dalam sehari, tertinggi sejak perkhidmatan itu bermula Oktober 2023. Konsortium usaha sama antara syarikat Indonesia dan China yang membina dan mengendalikan perkhidmatan itu, PT Kereta Cepat Indonesia-China (KCIC), memaklumkan kereta api itu telah membawa 25,316 penumpang pada Sabtu. Jumlah itu mengatasi rekod terdahulu sebanyak 24,350 penumpang yang dicatat pada 27 Januari 2025. Sejak mula beroperasi pada Oktober 2023, Whoosh telah mengangkut sejumlah 9.2 juta penumpang. Menurut Pengurus Besar Setiausaha…
Read More