Dulu kalah, kini menang

KUALA LUMPUR 1 Mei  – Pengundian semula pemilihan PKR melibatkan Cabang Selayang di Selangor, Jempol di Negeri Sembilan dan Pasir Salak di Perak menyaksikan perubahan keputusan berbanding sebelumnya. Bagi Ketua Cabang Selayang, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rawang, Chua Wei Kiat dipilih selain Manivanan Gowin yang juga Setiausaha Politik Pejabat Presiden PKR menang di Jempol dan Hisamuddin Ali pula di Pasir Salak. Berdasarkan pengumuman di laman sesawang Pemilihan 2025 PKR, Wei Kiat menang jawatan Ketua Cabang Selayang dengan 1,945 undi, mengatasi Wan Ibnul Bahar Wan Ismail dengan 1,693 undi. Seorang…

Read More

Tiada perbincangan agihan kerusi PKR-UMNO

KOTA KINABALU 1 Mei – PKR Sabah mempersoalkan tindakan pemimpin UMNO negeri itu  mengumumkan agihan kerusi di antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) walaupun belum ada rundingan berhubung perkara itu. Ketua Penerangannya, Razeef Rakimin, berkata walaupun ada pertemuan tidak rasmi BN-PH berhubung kerjasama menghadapi Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17), tiada perbincangan mengenai agihan kerusi. “Di peringkat Keadilan Sabah, pertemuan tidak rasmi (BN-PH) telah dibuat namun tidak ada sebarang perbincangan dibuat setakat ini di antara PH dan BN mengenai bilangan agihan kerusi. PH belum bertemu secara rasmi sama ada…

Read More

Sokongan Raja Charles kepada pesakit kanser

LONDON – Raja Charles menekankan kepentingan sokongan komuniti kepada pesakit kanser, termasuk peranan jururawat pakar, sukarelawan hospis, dan kumpulan sokongan yang memberikan harapan serta bantuan kepada mereka yang berdepan dengan penyakit ini. Dalam satu majlis khas di Istana Buckingham, Raja Charles menyampaikan mesej penuh empati kepada pesakit kanser di seluruh dunia, dengan menggambarkan pengalaman menghadapi penyakit itu sebagai sesuatu yang “mencabar dan kadangkala menakutkan” bagi pesakit serta keluarga mereka. Raja Charles berkongsi pengalaman hidup menghidap kanser telah menunjukkan kepada baginda bahawa “saat-saat paling gelap ketika menghidap penyakit boleh diterangi oleh…

Read More

Turkiye sependapat dengan Afrika Selatan

GENEVA – Turkiye mendakwa Israel menggunakan kelaparan sebagai senjata terhadap orang awam di Gaza sambil mengkritik kegagalan masyarakat antarabangsa menghentikan keganasan dan melindungi nyawa tidak bersalah. Timbalan Menteri Luar Turkiye Nuh Yılmaz ketika bercakap pada sesi pendengaran Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berkata masyarakat antarabangsa ‘telah gagal dengan ketara’ dalam menghentikan pencerobohan Israel. Pandangan itu senada dengan kenyataan Afrika Selatan sebelum ini yang mendakwa Israel menggunakan kebuluran sebagai senjata terhadap rakyat Palestin di wilayah didudukinya, sekali gus melanggar kewajipan antarabangsa. Yılmaz berkata Turkiye hadir di mahkamah bagi membangkitkan ‘pelanggaran berterusan Israel…

Read More