KUALA LUMPUR 17 April – Ketua Editor dan Timbalan Ketua Penyunting Sin Chew Daily pada ditahan bagi membantu siasatan berhubung isu penyiaran ilustrasi Jalur Gemilang yang tidak lengkap di muka hadapan akhbar itu. Ketua Polis Negara, Razarudin Husain yang mengesahkan demikian berkata,, kedua-dua individu ditahan untuk siasatan lanjut. Terdahulu, pihak polis merakam keterangan kedua-dua individu itu selama tiga jam di Pejabat Unit Siasatan Jenayah Terkelas Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman. Ketua Editor itu dikatakan berperanan meluluskan penyiaran ilustrasi tersebut manakala Timbalan Ketua Penyunting terbabit pula adalah pereka grafik…
Read MoreDay: April 17, 2025
GRS bayangkan kerjasama dengan PH
KOTA KINABALU 17 April – Ketua Menteri Hajiji Noor, membayangkan Gabungan Rakyat Sabah (GRS), pimpinannya masih memilih Pakatan Harapan (PH) untuk membentuk kerjasama pada Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17). Pengerusi GRS itu berkata pengumuman Barisan Nasional (BN) Sabah sebelum ini yang akan bekerjasama dengan PH hanya pandangan parti berkenaan tetapi GRS sebagai kerajaan mempunyai pendiriannya sendiri. “Ya, itu BN punya pandangan. Kita kerajaan, kita sekarang adalah kerajaan negeri pada hari ini, jadi itulah pendirian kita. Tapi, untuk kebaikan negeri dan rakyat, kita tidak boleh menutup pintu rundingan, pintu perbincangan dengan…
Read MoreMajlis Media platform atasi isu kesilapan
KUALA LUMPUR 17 April – Majlis Media Malaysia boleh memainkan peranan dalam mengatasi isu kesilapan bahan penerbitan termasuk yang menyentuh penggunaan salah logo serta lambang kebangsaan oleh media massa. Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, berharap apabila Majlis Media Malaysia diwujudkan, ia akan menjadi platform atau satu format yang sesuai untuk menyelesaikan isu seperti ini. Bagaimanapun sehingga majlis itu diwujudkan, kes seumpama itu akan diadili menerusi siasatan pihak berkuasa termasuk Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (MCMC), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN). “Kita harap bila ada Majlis Media Malaysia, itulah…
Read MoreAgenda pembaharuan peraturan lama
PUTRAJAYA 17 April – Agenda pembaharuan undang-undang serta peraturan lama yang sudah tidak relevan perlu diberi perhatian serius bagi mengelakkan persepsi negatif rakyat terhadap agensi kerajaan. Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azam Baki, berkata sebarang prosedur operasi standard (SOP) yang sudah lapuk atau tidak jelas perlu ditambah baik atau dipinda. Justeru beliau menyarankan supaya semua jabatan kerajaan menyemak dan menilai semula undang-undang serta peraturan lama sejajar dengan situasi semasa masyarakat serta semua pihak berkepentingan. Pada masa sama, dalam aspek penguatkuasaan, pemantauan dan pemerhatian berterusan terhadap setiap kakitangan termasuk…
Read More