MB, Ramanan menang tanpa bertanding

SEPANG 13 April –  Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari, mengekalkan jawatan sebagai Ketua Cabang PKR Gombak bagi penggal kedua selepas menang tanpa bertanding dalam pemilihan parti bagi sesi 2025 hingga 2028. Naib Presiden PKR yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tua, itu berkhidmat sebagai Ketua Cabang Gombak sejak 2022. Timbalan Presiden PKR,  Rafizi Ramli, juga  berjaya mempertahankan kedudukannya sebagai Ketua Cabang Pandan selama tiga penggal sejak 2018 selepas mengalahkan pencabarnya dengan perbezaan undi hampir sekali ganda. Rafizi yang juga Menteri Ekonomi memperoleh sebanyak 883 undi, manakala pesaingnya, Shahrom…

Read More

Fahmi batal hasrat tanding Naib Presiden

KUALA LUMPUR 13 April – Selepas hampir sebulan mengumumkan hasrat bertanding jawatan Naib Presiden pada 24 Mei ini, Ketua Penerangan PKR, Fahmi Fadzil, mengesahkan hanya akan bertanding bagi jawatan Majlis Pimpinan Pusat (MPP). Menteri Komunikasi itu berkata demikian kepada pemberita semasa Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Lembah Pantai di sini, malam tadi. “Saya telah mengunjungi beberapa negeri dan berbincang dengan ramai pemimpin. Setelah meneliti keperluan dan mempertimbangkan secara mendalam, saya buat keputusan akan bertanding jawatan MPP. “Tujuannya adalah untuk memperkukuh parti dan memberi nafas baharu kepada kepimpinan MPP. Insya-Allah, saya…

Read More

62 mangsa runtuhan masih hilang

BANGKOK – Sebanyak 62 lagi mangsa runtuhan sebuah bangunan 30 tingkat yang sedang dalam pembinaan masih hilang sementara 32 orang disahkan maut dalam kejadian di daerah Chatuchak, Bangkok, Thailand. Bangunan Pejabat Audit Negara (SAO) yang terletak di Jalan Kamphaeng Phet 2 itu runtuh pada 28 Mac lalu akibat gegaran kuat susulan gempa bumi kuat berhampiran Mandalay, Myanmar, menyebabkan lebih 100 pekerja terperangkap di dalamnya. Menurut seorang pegawai bandar, dua lagi mayat ditemukan di Zon C kelmarin, iaitu hari ke 15 operasi mencari dan menyelamat dijalankan. Pentadbiran Metropolitan Bangkok (BMA) melaporkan…

Read More

Tebusan Hamas kritik kerajaan Israel

GAZA – Satu rakaman video disiarkan kumpulan Hamas yang memaparkan seorang tebusan warga Israel-Amerika Syarikat (AS) mengkritik kerajaan Israel kerana gagal membebaskannya. Forum Keluarga Tebusan dan Orang Hilang Israel mengenal pasti individu dalam rakaman itu sebagai Edan Alexander. Tebusan yang masih hidup itu adalah seorang anggota tentera elit yang bertugas di sempadan Gaza ketika ditawan oleh pejuang Palestin dalam serangan pada 7 Oktober 2023. Briged Ezzedine al-Qassam, sayap ketenteraan Hamas, menyiarkan video berdurasi lebih tiga minit itu yang menunjukkan Edan duduk di dalam sebuah ruang kecil dan tertutup. Dalam rakaman…

Read More