17 April cuti peristiwa di Perlis

KANGAR 12 April – Kerajaan Perlis mengumumkan 17 April ini sebagai cuti peristiwa sempena Sambutan Jubli Perak Pemerintahan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.

Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli, ketika berucap pada Majlis Aidilfitri Menteri Besar Perlis dan Kerajaan Negeri Perlis 2025, di sini, hari in berkata, pengisytiharan cuti peristiwa itu juga adalah selaras dengan Akta Hari Kelepasan 1951 (Akta 369).

Terdahulu, Mohd Shukri mengiringi baginda yang berkenan mencemar duli berangkat ke majlis berkenaan.

Turut berangkat ialah Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid; dan Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, bersama isteri, Tuanku Dr Lailatul Shahreen Akashah Khalil, serta anakanda.

Selain itu, hampir 3,000 orang turut hadir memeriahkan majlis berkenaan.

Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail memerintah Perlis sejak 2000 dan tahun ini menandakan tahun ke-25 pemerintahan baginda.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment