Polis buka kertas siasatan dakwaan kematian

SUBANG JAYA 10 April – Polis Selangor membuka kertas siasatan berhubung dakwaan tular yang menyatakan terdapat kes kematian dalam insiden letupan paip gas bawah tanah di Putra Heights, di sini, kata Ketua Polis Selangor, Hussein Omar Khan. Beliau memberitahu, siasatan tersebut dijalankan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana fitnah dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berkaitan penyebaran maklumat palsu. “Polis menerima satu laporan daripada Pusat Kesihatan Daerah yang memaklumkan mengenai laporan tular di media sosial mengenai kematian yang didakwa berlaku dalam bencana ini. Oleh itu, pihak polis membuka…

Read More

“Seolah-olah seorang penjenayah berbahaya”

KUALA TERENGGANU – Menteri Besar Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar kecewa setelah dilabel sebagai Travel Control Office/ Order” (TCO) oleh pihak berkuasa, seolah-olah beliau penjenayah berbahaya, dikaitkan dengan satu sindiket dan gangster, atau persona non grata. Dalam satu kenyataan, Ahli Parlimen Kemaman itu berkata, status ini membolehkan segala pergerakan, komunikasi, dan interaksi seseorang dipantau secara menyeluruh, senyap, dan berterusan dan dilaksanakan atas nama “untuk keselamatan negara” atau “untuk kestabilan politik”. “Kenapa sampai ke tahap ini ? Ini berlaku adalah hanya untuk meredakan paranoia segelintir pihak, yang tanpa ada keperluan untuk merasakan…

Read More

Masjid Raja Lumu

SINGGAH MASJID RAMADAN lalu ketika melintasi Kuala Selangor, singgah iftar di Masjid Raja Lumu yang dahulunya dikenali Masjid Pekan Lama Kuala Selangor. Dinaik taraf pada 2019 dengan kos keseluruhan RM10.4 juta. Kali pertama di masjid ini walaupun pernah ke Bukit Melawati di sebelahnya. Ini adalah Masjid Diraja yang kesembilan di Selangor. Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj merasmikan masjid ini 6 Oktober 2022. Raja Lumu, Sultan Selangor pertama, dikenali sebagai Sultan Salehuddin Shah yang memerintah dari tahun 1766 hingga 1782. Raja Lumu ditabalkan sebagai Sultan Selangor di Kuala Selangor…

Read More

KDN keluar Perintah Larangan dua penerbitan

PUTRAJAYA 10 April –  Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini, mewartakan Perintah Larangan bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Akta 301) terhadap dua tajuk penerbitan kerana mungkin memudaratkan kepentingan awam. Penerbitan itu adalah “The Goal of The Wise: The Gospel of The Riser of The Family of Mohammed” oleh Abdullah Hashem melalui Perintah Mesin Cetak dan Penerbitan (Kawalan Hasil Penerbitan Tidak Diingini) (No. 4) 2025 [P.U.(A) 76] kerana mungkin memudaratkan ketenteraman awam. Begitu juga “Suka Duka Perjalanan Dhul-Qarnain/ Cyrus The Great dan Iskandar Agung” melalui Perintah Mesin Cetak dan…

Read More

Tarif: Trump tangguh 90 hari

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menurunkan kadar tarif baharu ke atas import daripada kebanyakan rakan dagang AS kepada 10 peratus selama 90 hari untuk rundingan perdagangan dengan rakan dagangnya. Trump mengumumkan demikian beberapa jam selepas barangan dari hampir 90 negara dikenakan tarif timbal balik yang lebih ketat oleh AS. Bagaimanapun, Trump mengenakan lebih banyak cukai ke atas China, 125 peratus “berkuat-kuasa serta-merta” yang kini menjadi konfrontasi berskala penuh antara dua ekonomi terbesar dunia Selepas beberapa hari kekacauan di pasaran global, saham-saham di Wall Street melonjak sebagai reaksi…

Read More

Tarif : China mula tindak balas

NEW YORK – Beijing memulakan tindak balas ke atas tindakan Amerika Syarikat (AS), kurang 24 jam selepas pentadbiran  Donald Trump mengumumkan tarif tambahan ke atas barangan dari China. China menerusi tindak balas terhadap ketegangan perdagangan dua ekonomi terbesar dunia itu meningkatkan kadar levi import AS kepada 84 peratus, peningkatan 50 peratus, berbanding hanya 34 peratus yang ditetapkan sebelum ini. Peningkatan kadar itu adalah maklum balas terhadap peningkatan tarif terbaharu dikenakan AS ke atas barangan China, melebihi 100 peratus, berkuat kuasa tengah malam tadi. Perkembangan terkini China itu dilihat berupaya mengancam…

Read More