TAPAH 8 April – Perikatan Nasional (PN) menampilkan anak jati Ayer Kuning, Abd Muhaimin Malek, 43, sebagai calonnya pada Pilihan Raya Kecil (PRK) N.48 Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning yang akan berlangsung pada 26 April ini Pencalonan Yang Dipertua Pas Tapah serta Pengerusi PN Parlimen Tapah sejak tahun 2023 itu diumumkan oleh Timbalan Presiden Pas Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu majlis. di Dataran Awam Tapah Road di Tapah, di sini. Hadir sama pemimpin kanan PN dari Pas, Bersatu dan Gerakan. Pengetua Maahad Tahfiz ADDIN Air Kuning sejak 2015…
Read MoreDay: April 8, 2025
Umrah: Masuk 13, keluar 29 April
JEDDAH – Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi menetapkan Ahad ini (13 April) sebagai tarikh akhir kemasukan jemaah umrah, manakala 29 April tarikh akhir meninggalkan Arab Saudi bagi memberi laluan kepada musim haji akan datang. Menurut laporan Agensi Berita Saudi (SPA), mana-mana individu yang tinggal melebihi tempoh yang dibenarkan akan dikenakan tindakan undang-undang mengikut peraturan yang ditetapkan. Kementerian turut meminta orang ramai serta syarikat dan institusi yang menguruskan jemaah umrah untuk mematuhi segala peraturan berkaitan. Pihak kementerian menegaskan bahawa sebarang pelanggaran akan dianggap sebagai kesalahan, dan kegagalan sesebuah syarikat melaporkan…
Read More39 mangsa masih terima rawatan
PUTRAJAYA 8 April – Sebanyak 39 orang daripada keseluruhan 150 mangsa yang terbabit dalam tragedi kebakaran saluran paip gas di Putra Heights, Subang Jaya, Selasa lalu masih menerima rawatan di hospital dan klinik. Daripada jumlah itu, 17 mangsa dirawat di hospital kerajaan iaitu 12 pesakit di Hospital Putrajaya, dua di Hospital Kuala Lumpur dan masing-masing seorang di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang; Hospital Ampang dan Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang. Manakala 22 mangsa lagi di kemudahan kesihatan swasta, termasuk seorang di Unit Rawatan Rapi (ICU) membabitkan seorang lelaki berusia 21…
Read More88 kenderaan rosak lebih 50 peratus
SUBANG JAYA 8 April – Sebanyak 88 daripada 571 unit kenderaan yang berada dalam jarak radius 325 meter dari lokasi kejadian letupan paip gas di Putra Heights, di sini, Selasa lalu, disahkan mengalami kerosakan melebihi 50 peratus. Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, daripada jumlah keseluruhan kenderaan itu juga, sebanyak 372 kenderaan didapati mengalami kerosakan kurang daripada 50 peratus. “Baki 151 kenderaan lagi didapati tidak terjejas dan semua dapatan ini diperoleh berdasarkan penilaian Unit Forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, di lokasi kejadian,” katanya pada sidang…
Read MoreTiada kematian, kehilangan harta benda dilaporkan
SUBANG JAYAb8 April – Polis tidak menerima sebarang laporan berhubung kematian dan kehilangan harta benda dalam kejadian letupan paip gas di Putra Heights, di sini, kata Ketua Polis Selangor, Hussein Omar Khan. Beliau berkata, jika benar ada kematian, pihak berkaitan yang mempunyai maklumat boleh boleh tampil membuat laporan polis. Bagaimanapun sehingga kini tiada sebarang laporan dibuat, begitu juga dakwaan yang tular di media sosial kononnya ada penduduk yang mengalami kehilangan harta benda, tetapi setakat ini tiada sebarang laporan dibuat. Justeru, beliau menegaskan tidak ada sebab atau sebarang kepentingan untuk pihak…
Read MoreBawani hilang deposit muncul lagi wakili PSM
TAPAH 8 April – Bawani KS sekali lagi dicalonkan mewakili Parti Sosialis Malaysia (PSM), kali ini pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning walaupun beliau kehilangan wang deposit pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu. Pada PRU lalu, Bawani, 40, yang juga anak tempatan Ayer Kuning dan mempunyai firma guamannya sendiri di sini, bertanding bagi kawasan DUN yang sama tetapi tewas dan hilang deposit apabila memperoleh 586 undi. Pencalonan beliau diumumkan Pengerusi PSM, Dr Michael Jeyakumar Devaraj pada majlis di Pusat Perniagaan Ayer Kuning, di sini, dengan…
Read MoreBerita pilihan…
Trump ulangi pindah penduduk Gaza
WASHINGTON – Presiden Donald Trump mengulangi hasratnya untuk Amerika Syarikat (AS) mengawal Gaza sambil menyifatkan wilayah Palestin itu sebagai “sebidang hartanah yang sangat penting dan luar biasa.” Beliau yang sebelum ini mencadangkan pemindahan penduduk Gaza mendakwa “banyak negara” bersedia menerima 2.1 juta rakyat Palestin yang diusir. “Mempunyai pasukan keamanan seperti Amerika Syarikat di sana, mengawal dan memiliki Semenanjung Gaza akan menjadi sesuatu yang baik,” kata Trump dalam satu kenyataan di White House bersama Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu. Sekutu serantau telah menolak pemindahan paksa seperti itu, yang boleh dianggap sebagai…
Read MoreLagi wartawan Palestin terbunuh
GAZA – Jumlah wartawan yang terbunuh sejak Oktober 2023 meningkat kepada 210 orang, apabila seorang lagi wartawan Palestin terbunuh dalam serangan udara oleh tentera Israel di Semenanjung Gaza awal pagi Isnin. Pejabat Media Kerajaan Gaza mengenal pasti wartawan berkenaan, Helmi Al-Faqawi, dari agensi berita Palestine Today, terbunuh dalam serangan ke atas khemah wartawan berhampiran Hospital Nasser di bandar Khan Younis, selatan Gaza. Dalam serangan sama, seorang orang awam turut terkorban manakala sembilan wartawan lain cedera. “Kami merayu kepada Persekutuan Wartawan Antarabangsa, Kesatuan Wartawan Arab dan semua badan media antarabangsa untuk…
Read More