KUALA LUMPUR 31 Mac- Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah, berkenan berangkat menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Wilayah Persekutuan di sini, hari ini. Ini kali pertama Baginda menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Wilayah Persekutuan selepas ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17, pada 20 Julai tahun lalu. Keberangkatan tiba Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah pada 8.15 pagi diiringi Perdana Menteri, Anwar Ibrahim dan isteri, Dr Wan Azizah Wan Ismail serta Jemaah Menteri. Solat sunat Aidilfitri berkenaan diimamkan oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Prof…
Read MoreDay: March 31, 2025
Serangan udara bunuh 33 rakyat Palestin
GAZA CITY – Sekurang-kurangnya 33 rakyat Palestin termasuk 13 kanak-kanak terbunuh manakala beberapa yang lain cedera dalam siri serangan udara Israel sejak awal pagi Ahad. Serangan udara Israel menyasarkan kediaman penduduk, khemah perlindungan, serta kenderaan awam di Gaza City, Jabalia di utara, dan Khan Younis di selatan. Menurut sumber perubatan, serangan ke atas beberapa kawasan termasuk sebuah rumah di Bani Suheila, timur Khan Younis, serta khemah yang menempatkan keluarga pelarian di Qizan Raswan meragut 17 nyawa, termasuk lapan kanak-kanak. Pada masa yang sama, kereta kebal dan artileri Israel turut membedil…
Read More15 mayat anggota penyelamat ditemukan
GAZA – Bulan Sabit Merah Palestin menemui mayat 15 anggota pasukan penyelamat yang terbunuh seminggu lalu apabila pasukan Israel menyerang ambulans di Gaza Mayat yang ditemui termasuk lapan anggota perubatan Bulan Sabit Merah, enam anggota agensi pertahanan awam Gaza, dan seorang pekerja agensi Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB). Kenyataan itu menegaskan, mereka yang terbunuh disasarkan oleh tentera Israel ketika mereka sedang menjalankan tugas kemanusiaan. Kesemua mereka dalam perjalanan ke kawasan Hashashin di Rafah untuk memberikan bantuan kepada mangsa yang cedera akibat serangan Israel. “Menyasarkan pasukan perubatan Bulan Sabit Merah… hanya…
Read More