Kuil setuju pindah beri laluan Masjid Madani

KUALA LUMPUR 25 Mac – Kerajaan akan memindahkan Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman kira-kira 50 meter dari tapak asal, dengan keluasan 4,000 kaki persegi iaitu setara dengan saiz kuil sedia ada bagi memberi laluan pembinaan Masjid Madani. Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa, persetujuan tersebut dicapai hasil rundingan pelbagai pihak termasuk bersama pihak kuil. Manakala Setiausaha jawatankuasa kuil berkenaan, Kaarthik Gunaseelan, juga  memaklumkan persetujuan sudah dicapai dengan pihak berkuasa mengenai pemindahan kuil berhampiran Jalan Masjid India di sini. Terdahulu, Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, menegaskan beliau akan…

Read More

7 kontena mercun, bunga api disita

BUTTERWORTH  25 Mac –  Sindiket penyeludupan mercun dan bunga api tanpa permit tumpas susulan penemuan tujuh kontena mengandungi 1,332 karton mercun dan bunga api pelbagai jenama dianggarkan bernilai hampir RM1 juta termasuk cukai. Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pulau Pinang berjaya menumpaskan sindiket itu selepas Unit Operasi, Bahagian Penguatkuasaan menyerbu sebuah gudang di Kawasan Perindustrian Nagasari, Perai, di sini, pada 11 dan 12 Mac lalu. Pengarah Kastam negeri, Rohaizad Ali, berkata siasatan mendapati semua mercun dan bunga api itu tidak mematuhi spesifikasi dan garis panduan ditetapkan dalam permit import (AP)…

Read More

FAMA import satu juta biji kelapa tua

KUALA LUMPUR 25 Mac – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) telah mengimport dan mengedarkan 1,053,011 juta biji kelapa tua atau 1,053 tan dengan nilai keseluruhan RM2.42 juta, setakat 23 Mac tahun ini. Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Arthur Joseph Kurup berkata bekalan itu akan disalurkan melalui 42 Pusat Operasi FAMA di seluruh negara dan dipasarkan ke outlet peruncitan FAMA serta pemborong utama bagi memastikan ketersediaan bekalan kelapa di pasaran. Katanya melalui pelan jangka masa pendek, KPKM melaksanakan tiga langkah intervensi iaitu  meningkatkan jumlah import bekalan kelapa tua dari Indonesia,…

Read More

Tiga rebut Timbalan Ketua Wanita PKR

KUALA LUMPUR 25 Max – Naib Ketua Wanita PKR, Faizah Ariffin mengesahkan akan turut serta bersaing merebut jawatan Timbalan Ketua Wanita parti pada pemilihan Mei ini, menjadikan tiga calon menawarkan diri setakat ini. Sebelum ini, penyandangnya, Juwairiya Zulkifli dan bekas Ketua Wanita PKR Johor, Napsiah Khamis mengesahkan diri bertanding, mengulangi pertembungan tiga penjuru pada pemilihan 2022. Pada pemilihan lalu, Napsiah dan Faizah tewas apabila hanya mendapat masing-masing 14,282 undi dan 11,071 undi berbanding Juwariya memperoleh 17,743 undi. Faizah berkata, Wanita PKR memerlukan pimpinan yang boleh terus membawa suara dan aspirasi…

Read More

12,000 kg lebihan makanan bazar diselamatkan

KUALA LUMPUR 25 Mac – Kempen Sifar Sisa @ Bazar Ramadan 2025 berjaya menyelamatkan hampir 12,000 kilogram (kg) lebihan makanan bernilai kira-kira RM139,000 daripada dibuang.. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan),  Dr Zaliha Mustafa, berkata menerusi kempen itu juga sebanyak 24,061 kg sisa bukan makanan berjaya dikitar semula. Katanya, kempen itu merangkumi dua program utama iaitu MySaveFood dan Program Pengasingan Sisa. “Ia inisiatif penting dalam memperkasa usaha pengurangan sisa secara mampan dan memastikan lebihan makanan dimanfaatkan sebaiknya. Usaha ini bukan saja membantu golongan, malah turut mengurangkan pelepasan karbon sebanyak…

Read More

2.6 juta kenderaan masuk Pulau Pinang

TANJONG 25 Mac – Kira-kira 2.6 juta kenderaan dijangka memasuki Pulau Pinang menerusi Lebuhraya Utara-Selatan dan Jalan Persekutuan sempena sambutan Aidilfitri kali ini, kata Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Mohd Alwi Zainal Abidin. Beliau berkata ia berdasarkan jangkaan aliran trafik menerusi Op Selamat 24 sempena Aidilfitri bermula 29 Mac hingga 3 April ini. Katanya, angka itu bukan sahaja disumbangkan oleh penduduk Pulau Pinang yang pulang ke kampung, sebaliknya pengguna negeri lain yang menggunakan dua laluan itu sebagai transit. “Pulau Pinang berada di tengah antara Kedah dengan Perak, jadi kita jangka…

Read More

Eropah mulai akui kepentingan Turkiye

ISTANBUL – Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan menyatakan kesediaannya untuk memajukan hubungan Ankara dengan negara Eropah, sambil menegaskan bahawa Eropah tidak boleh memastikan keselamatannya tanpa Turkiye. Memetik kenyataan Erdogan selepas mesyuarat Kabinet, menegaskan, keperluan Eropah terhadap negara Turkiye mula diakui secara terbuka. “Keperluan Eropah terhadap negara kita mula diakui secara terbuka, bukan sahaja dari segi keselamatan tetapi juga dalam pelbagai bidang, dari ekonomi hingga diplomasi dan dari perdagangan hingga kehidupan sosial.” Bukan sahaja dari segi keselamatan tetapi juga dalam pelbagai bidang, dari ekonomi hingga diplomasi dan dari perdagangan hingga kehidupan…

Read More

Singapura rampas rokok elektronik

SINGAPURA – Hampir 10,000 rokok elektronik atau e-vaporiser bernilai lebih S$200,000 (kira-kira AS$150,000) dirampas dalam dua serbuan berasingan oleh Penguasa Sains Kesihatan (HSA) dan Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) Singapura. Pada 28 Februari, HSA menemukan kira-kira 5,000 e-pengewap di sebuah gudang di Sungei Kadut, terletak di utara Singapura, dan menahan dua lelaki berusia 32 dan 31 tahun. Dalam operasi kedua pada 1 Mac, pegawai ICA di Pos Kawalan Tuas mengarahkan sebuah lori yang memasuki Singapura untuk pemeriksaan terperinci, dan menemukan kira-kira 4,800 e-vaporiser. Singapura telah melaksanakan larangan ketat terhadap…

Read More