MUDA bantu PSM hadapi PRK Ayer Kuning

KUALA LUMPUR 23 Mac  – Bagi memberi peluang kepada rakyat untuk memilih alternatif, Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) akan membantu jentera Parti Sosialis Malaysia (PSM) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, bulan depan. Biro Politik MUDA dalam satu kenyataan, berkata parti itu menghormati pendirian PSM dan menyokong usaha memperjuang politik berprinsip yang berpaksikan rakyat, terutama dalam isu kos sara hidup, keadilan sosial, perumahan, alam sekitar dan hak pekerja serta masyarakat terpinggir. “Keputusan PSM memberi peluang kepada rakyat untuk memilih alternatif, selain dua gabungan utama yang…

Read More

3 hotel tanpa lesen dikendali warga asing ditutup

KUALA LUMPUR 23 Mac – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menutup serta-merta tiga premis hotel yang dikendalikan warga asing tanpa lesen, dalam operasi khas KL Strike Force di sekitar ibu kota baru-baru ini. Dalam satu kenyataan di laman Facebook hari ini, DBKL mengambil tindakan itu selepas hampir seminggu melakukan siasatan dan pemantauan oleh pegawai penguat kuasa di lokasi-lokasi ‘hotspot’. “Terdapat empat premis hotel yang beroperasi tanpa lesen perniagaan yang sah serta dikendalikan oleh warga asing. Hasil daripada operasi itu, tiga premis hotel dikenakan tindakan tutup serta-merta di bawah Akta Hotel…

Read More

Gagal usir pelajar India

WASHINGTON – Hakim Mahkamah Persekutuan mengarahkan pentadbiran Presiden Donald Trump supaya tidak mengusir Badar Khan Suri, lelaki India yang merupakan pelajar Universiti Georgetown di Washington. Peguamnya, Hassan Ahmad memaklumkan Amerika Syarikat (AS) berusaha untuk mengusir pelajar itu selepas menuduhnya merosakkan dasar luar AS. “Dia telah membuat kenyataan menyokong Palestin dan rakyat Palestin serta  mengkritik tindakan kerajaan Israel. Semua ini adalah ucapan politik yang dilindungi 100%, dan Pindaan Pertama juga meliputi sarjana visa J-1,” kata peguamnya, Hassan Ahmad, dalam satu temu bual dengan Reuters. Dalam pada itu, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri…

Read More

Korban keganasan Israek 49,747

GAZA – Israel yang berhadapan kes genosid di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) terus membunuh rakyat Palestin apabila 130 lagi menjadi mangsa di Semenanjung Gaza, menjadikan 49,747 kematian sejak Oktober 2023. Menurut Kementerian Kesihatan jumlah korban terbaharu itu termasuk dua mayat yang berjaya dikeluarkan dari runtuhan dalam tempoh 48 jam yang lalu. Sebanyak 263 lagi rakyat Palestin cedera dan mereka dipindahkan ke hospital, menjadikan jumlah kecederaan kepada 113,213 dalam serangan Israel. “Ramai mangsa masih terperangkap di bawah runtuhan dan jalanan kerana pasukan penyelamat tidak dapat sampai kepada mereka,” menurut kementerian itu.…

Read More