Korban keganasan Israek 49,747

GAZA – Israel yang berhadapan kes genosid di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) terus membunuh rakyat Palestin apabila 130 lagi menjadi mangsa di Semenanjung Gaza, menjadikan 49,747 kematian sejak Oktober 2023.

Menurut Kementerian Kesihatan jumlah korban terbaharu itu termasuk dua mayat yang berjaya dikeluarkan dari runtuhan dalam tempoh 48 jam yang lalu.

Sebanyak 263 lagi rakyat Palestin cedera dan mereka dipindahkan ke hospital, menjadikan jumlah kecederaan kepada 113,213 dalam serangan Israel.

“Ramai mangsa masih terperangkap di bawah runtuhan dan jalanan kerana pasukan penyelamat tidak dapat sampai kepada mereka,” menurut kementerian itu.

Lebih 700 rakyat Palestin terbunuh dan lebih 1,000 yang lain cedera dalam kempen udara mengejut oleh Israel di Gaza sejak Selasa, mencabuli perjanjian gencatan senjata dan pertukaran tahanan yang berkuat kuasa pada Januari.

ICC pada November lalu mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan Yoav Gallant atas tuduhan jenayah perang dan jenayah kemanusiaan di Gaza.

Nnn

Related posts

Leave a Comment