26 barang disenarai skim kawalan

PUTRAJAYA 19 Mac – Sebanyak 26 jenis barangan termasuk santan dimasukkan ke dalam senarai Skim Kawalan Harga Maksimum Musim Perayaan sempena musim Aidilfitri selama 15 hari bermula 24 Mac hingga 7 April depan. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Armizan Mohd Ali berkata, skim bagi tempoh tujuh hari sebelum, 1 Syawal, dan tujuh hari selepas turut menyenaraikan bawang kecil India, bawang kecil ros India dan lobak merah. Armizan berkata, pelaksanaan skim itu bagi menjamin tempoh wajar dan mewujudkan suasana menang-menang kepada pengguna dan peniaga. Beliau berkata demikian…

Read More

Penduduk pindah cari perlindungan

GAZA – Ribuan penduduk Palestin mula berpindah sejak awal pagi semalam selepas Israel mengeluarkan arahan pemindahan bagi beberapa kejiranan yang diisytihar ‘zon pertempuran berbahaya’ susulan serangan di Beit Lahiya, utara Semenanjung Gaza. Mereka berpindah ke bandar berhampiran iaitu Jabalia, untuk mencari perlindungan selepas tentera Israel mengarahkan penduduk Beit Hanoun di utara Gaza serta Khuza’a dan Abasan di selatan supaya segera meninggalkannya. Jurucakap tentera Israel, Avichay Adraee dalam akaun X berkata, demi keselamatan penduduk, mereka perlu segera berpindah ke tempat perlindungan yang berada di Bandar Gaza dan di Khan Younis. Menteri…

Read More

Itu hanya permulaan – Netanyahu

BAITULMAQDIS – Hanya permulaan! Begitu kata Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, berhubung serangan udara semalam yang mengorbankan ratusan rakyat Palestin di Gaza. Katanya, operasi ketenteraan akan diteruskan hingga semua matlamat perang pasukan pertahana Israel (IDF) tercapai termasuk bagi ‘menghancurkan’ pejuang Hamas, sekali gus membebaskan tebusan yang masih ditahan kumpulan itu. Dalam serangan terbaharu Israel itu sekurang-kurangnya 404 orang, kebanyakannya wanita serta kanak-kanak, terbunuh dan secara langsng menamatkan gencatan senjata selama dua bulan di Gaza. Menurut kumpulan masyarakat sivil, ‘Defense for Children Palestine’, serangan itu juga mengorbankan sekurang-kurangnya 174 kanak-kanak Palestin…

Read More