KUALA LUMPUR 14 Mac – Parti Gerakan akan membantu Pas menarik sokongan pengundi bukan Melayu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning bagi memastikan kemenangan calon Perikatan Nasional (PN) itu. Presidennya, Dr Dominic Lau, berkata gerak kerja jentera kempen bagi Gerakan dan parti komponen PN bagaimanapun akan hanya dibincangkan melalui mesyuarat persiapan bagi menghadapi PRK Ayer Kuning, Sabtu. “Melalui mesyuarat itu kita juga akan membincangkan bagaimana kita hendak memberikan sokongan sepenuhnya buat calon dari Pas. Peranan Gerakan adalah untuk mendapatkan sokongan dalam kalangan bukan Melayu kerana…
Read MoreDay: March 14, 2025
Tiket ETS Aidilfitri berbaki 20 peratus
ALOR GAJAH 14 Mac – Tiket perkhidmatan tren elektrik (ETS) yang dijual sejak 3 Mac lalu, kini hanya berbaki 20 peratus daripada lebih 100,000 tiket yang ditawarkan sempena perayaan Aidilfitri.tahun ini. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Mohd Rani Hisham Samsudin, berkata jumlah itu termasuk 12,600 tiket tambahan bagi tempoh perjalanan yang bermula 28 Mac hingga 6 April. Ia merangkumi empat perkhidmatan tambahan iaitu dari Gemas ke Butterworth dan dari Gemas ke Padang Besar. “Trend sudah berubah kerana penumpang yang tidak mahu berdepan kesesakan jalan raya akan…
Read MoreCadang Kertas Putih, RCI tangani isu beras, padi
KUALA LUMPUR 14 Mac – Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Muhyiddin Yassin mencadangkan kerajaan menyediakan satu Kertas Putih untuk industri padi dan beras bagi memperhalusi pelbagai isu langsung dan tidak langsung yang mengganggu kelestarian industri terbabit. Di samping itu, beliau juga menyarankan supaya Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan untuk menyiasat elemen ketirisan serta jenayah perdagangan sehingga mencetuskan krisis serta keresahan dalam kalangan petani dan rakyat Malaysia. Katanya, isu ini perlu diselesaikan secara menyeluruh melibatkan setiap rantaian ekosistem padi dan beras serta penglibatan pelbagai agensi kerajaan berkaitan. Ahli Parlimen Pagoh itu membuat…
Read MoreBerita pilihan…
Bina penjara di pulau kecil
JAKARTA – Presiden Indonesia, Prabowo Subianto mengumumkan rancangan untuk membiayai pembinaan sebuah penjara berkeselamatan tinggi di sebuah pulau terpencil bagi menempatkan pegawai yang terlibat dalam rasuah. Cadangan itu dibuat susulan peningkatan kes rasuah berprofil tinggi, termasuk skandal membabitkan syarikat milik kerajaan seperti Pertamina serta dakwaan terhadap ahli politik terkenal. “Kita akan cari sebuah pulau, kalau mereka cuba melarikan diri, mereka akan berdepan dengan jerung,” katanya seperti dilaporkan portal berita RMOL.ID. Prabowo turut menegaskan kesediaannya untuk berdepan dengan golongan korup, sambil menyatakan: “Saya tidak takut kepada mafia. Polis dan tentera bersama…
Read MoreDeklarasi perlembagaan Syria
DAMSYIK – Presiden Syria, Ahmed al-Sharaa menandatangani draf deklarasi Perlembagaan yang menetapkan rangka kerja bagi tempoh peralihan lima tahun untuk merombak struktur politik negara itu. Sebuah jawatankuasa pakar yang ditugaskan merangka dokumen berkenaan membentangkannya kepada al-Sharaa pada Khamis, dengan menggariskan ketetapan utama bagi era pasca-Assad. Deklarasi itu mengarahkan pembubaran Mahkamah Perlembagaan sedia ada, yang dilabel sebagai “sisa rejim terdahulu”. Susulan itu, Presiden akan diberi kuasa untuk melantik Mahkamah Perlembagaan baharu yang akan berfungsi di bawah rangka kerja perundangan sedia ada sehingga sistem kehakiman baharu diwujudkan. Jawatankuasa itu menekankan kepentingan kebebasan…
Read MoreMedia Hari Ini Jumaat 14.03.2025
13 RAMADAN 1446H
“Ya Allah! Sucikanlah diri ku daripada kekotoran dan kejelekan . Berilah kesabaran kepada ku untuk menghadapi segala ketentuan. Pimpinlah aku kepada ketakwaan, bersahabat dengan orang yang baik, dengan pertolongan-Mu, wahai Penyejuk mata orang yang miskin,” (Foto Masjid Seri Sendayan)
Read More