Berhenti jadi ‘badut’ polemikkan isu 3R

JERANTUT 11 Mac – Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, mengingatkan pemimpin supaya berhenti menjadi ‘badut’ yang mempolemikkan isu raja, agama dan kaum (3R) sehingga mencetuskan pertelingkahan dalam masyarakat. Baginda bertitah, semua kepemimpinan khususnya politik harus menjadi jambatan perpaduan yang menyatukan rakyat, bukan pencetus api yang membakar hubungan harmoni sudah lama terbina. “Biarkanlah ‘pentas’ ini terus tenang tanpa drama menyakitkan dan ‘berdialoglah’ menggunakan akal serta hati, bukan ‘bermonolog’ menggunakan nista dan benci. “Saya juga ingin mengingatkan kepada semua rakyat, baik Muslim mahupun bukan Muslim, bahawa keharmonian yang kita…

Read More

Bangkit pertahan, lindungi kesucian Islam

JERANTUT 11 Mac – Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, mengingatkan umat Islam di negeri ini bangkit bersama-sama mempertahan dan melindungi kesucian agama Islam agar tidak sewenang-wenangnya diperlekehkan. Baginda amat berdukacita, mutakhir ini masih ada suara-suara sumbang yang meremehkan kesucian agama, mencabar kemuliaan Islam, seolah-olah tiada batasan dalam berbicara dan bertindak. “Adakah ini yang dikatakan sebagai sebuah negara merdeka? Atau hanya merdeka pada angka, bukan minda rakyatnya? Fikirkan bersama,” titah baginda pada majlis memasyhurkan nama Masjid Baharu Kampung Durian Hijau dengan nama Masjid Abdul Rahman Ibn Auf, Kampung…

Read More

500,000 jemaah di Masjidilharam 6 Mac

JEDDAH – Seramai 500,000 jemaah mengunjungi Masjidilharam pada 6 Mac lalu, rekod tertinggi bilangan jemaah umrah dalam sehari. .Menurut kenyataan dari Presidensi Umum Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, angka itu adalah jumlah tertinggi yang pernah direkodkan dalam tempoh sehari sepanjang musim umrah 2025. Bagi memastikan operasi berjalan lancar dan pengurusan jemaah lebih cekap, pihak berkuasa memperkenalkan teknologi terkini bagi memantau aliran jemaah di sekitar Masjidil Haram. Antaranya termasuk penggunaan pengimbas di pintu-pintu utama masjid, yang mampu mengesan jumlah jemaah secara langsung selain pemasangan kamera pintar bagi mengesan pergerakan…

Read More

Duterte ditangkap susulam waran ICC

MANILA – Bekas Presiden Filipina, Rodrigo Duterte, ditahan polis sejurus tiba di sini dari Hong Kong hari ini, berikutan waran tangkap dikeluarkan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC). Pejabat Komunikasi Presiden (PCO) dalam kenyataannya memaklumkan waran tangkap itu diterima Pertubuhan Polis Antarabangsa (Interpol) Manila daripada ICC awal pagi tadi. Duterte, 79 tiba di Filipina pada pukul  9.20 pagi waktu tempatan dengan menaiki penerbangan Cathay Pacific CX 907 dan sebaik tiba, Pendakwa Raya menyerahkan pemberitahuan rasmi ICC yang mengesahkan waran tangkap terhadapnya. Bekas presiden itu berdepan tuduhan jenayah terhadap kemanusiaan di ICC, berhubung…

Read More

X berdepan serangan siber

SAN FRANCISCO – Platform media sosial, X berdepan serangan siber besar-besaran, kata pemiliknya Elon Musk. Serangan itu sekali gus menimbulkan persoalan sama ada beliau sengaja disasarkan kerana menimbulkan pergeseran politik di Amerika Syarikat (AS). Selain itu, keputusannya menghentikan ramai kakitangan ketika mengambilalih X juga mungkin menyebabkan ketidakpuasan hati dalam kalangan pekerja Twitter (sebelum bertukar nama kepada X), yang ketika itu menguasai rangkaian media sosial. Mengikut laman Downdetector, laporan berhubung gangguan dihadapi X bermula awal pagi semalam dengan pengguna di Asia, Eropah dan Amerika Utara memberitahu mereka tidak dapat mengakses platform…

Read More

Pendapatan pelancongan tertinggi di Phuket

BANGKOK – Phuket, destinasi pelancongan utama Thailand mencatatkan pendapatan pelancongan tertinggi pada 2024 dengan menjana lebih 490 bilion baht  diikuti Chonburi lebih 310 bilion baht dan Surat Thani dengan lebih 110 billion baht. Timbalan Jurucakap Kerajaan Sasikan Watthanachan dalam satu kenyataan di laman sesawang rasmi Kerajaan Diraja Thailand berkata statistik oleh Jabatan Pelancongan itu menunjukkan potensi setiap wilayah untuk menarik pelancong domestik dan antarabangsa. Data itu juga berfungsi sebagai alat berharga untuk merancang aktiviti yang mampu menarik lebih ramai pelawat sambil menawarkan peluang kepada wilayah untuk meningkatkan dan menaik taraf…

Read More